Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 22 April 2017

PULUT MANGGA THAI SPECIAL

Pulut mangga beli mmg mahal kan.. Homemade je lah kita..
pulut masak betul2, jgn keras.. santan tu jgn cair
Try la.. mmg best betoi.. Share cepat..




PULUT MANGGA THAI SPECIAL
=========================
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ page masakan fb

Bahan2
untuk pulut mangga :
400 gram beras pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 sudu besar bijan, disangai tanpa minyak untuk taburan
3 biji mangga

untuk kuah santan :
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan, carik dan simpul
garam secukup rasa

Cara Penyediaan
==============
Cara-cara untuk pulut:
1. kukus lapik daun pandan atau pisang, letak beras pulut, masak 20 minit atau hingga pulut betul2 masak.
2. bila dah lembut angkat pulut masukkan dlm bekas besar
3. Satukan santan pekat + santan cair + gula + garam dan kacau sebati..
4. tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.. balik-balikkan pulut dgn senduk dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.. pulut dah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan..

Cara-cara untuk kuah santan:
1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.. masukkan garam + daun pandan + bancuhan tepung..teruskan kacau supaya santan tak berketul.. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.. boleh agak-agak kepekatan sendiri..
2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. angkat dan sejukkan...
3. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan...





SELAMAT MENCUBA!!!

SHELL OUT BEST VERSI ADA SERBUK KARI

Nah makan la puas2.. buat sendiri.. nah resepi..
cepat share.. cpt buat.. versi ada serbuk kari plak


SHELL OUT BEST VERSI ADA SERBUK KARI
====================================
By ~ ALeen Aireish​
sumber ~ page masakan fb

Bahan-bahan ~> [guna bhn yg ada kt umah je]
1kg udg galah
1kg udg biasa saiz besar
2 ekor sotong besar [saya rebus dulu]
7 ekor sotong biasa
--------------
1 paket fish cake AAA
2 paket tempe
~>> potong, kemudian goreng dgn tepung BESTARI spicy
--------------
kubis putih
cendawan butang
jagung [direbus masak & dipotong]
lada capsicum
bawang holland
----------------

Bahan-Bahan rempah Shell Out
==========================
10 tangkai cili kering** (potong, buang biji & rendam air panas)
3 biji bawang besar (2 biji kisar **, 1 biji lagi hiris utk tumis)
6 ulas bawang putih (4 kisar**, 2 ulas cincang utk tumis)
2 btg serai diketuk
1 inci halia [kisar]**
1sk udang kering [kisar]**
1 inci belacan [kisar]** - OPTIONAL
1 s/b rempah kari
1 s/k serbuk kunyit
1 kiub pati bilis/ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k sos ikan - tk letak pasal tkde stok kt umah
2 s/b mentega
2 s/b minyak masak
garam dan gula utk sesuaikan rasa

Cara-cara :
- goreng kunyit biasa dulu udang galah.. udg biasa.. jika ada ketam.. goreng juga.. ketepikan..
- step sediakan pes/bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar..
- lps tu panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali.. tumis bawang besar & putih, naik bau layu masukkan bahan2 kisar ke dalam kuali..
- tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan rempah kari + serbuk kunyit, kacau lagi..
- masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub bilis.. Kemudian masukkan garam dan gula utk sesuaikan rasa..
- masukkan cendawan butang + bunga kubis + jagung.. kacau
- masukkan pula sotong2.. kacau lg..
- masukkan udg2 yg tlh digoreng.. kacau..
- akhir sekali masukkan capsicum + bawang holland
- masak hingga kuah pekat.. siap!!!





SELAMAT MENCUBA!!!

AYAM GOLEK CARAMEL PEDAS


Hajenye tingin nak makan bulat2 gini.. apa? nk share.. cepat share..
blh jer.. dah share tu try la buat...



AYAM GOLEK CARAMEL PEDAS
=========================
By ~ Aleen ALeen Aireish

Bahan-bahan :
1 ekor ayam [bulat tak mau potong]
~>> cuci bersih, lumur dgn serbuk kunyit + garam + sos tiram.. terus kukus hingga masak.. ayam dh sejuk, step ke-2 goreng bulat2 dlm kuali, siap goreng ketepikan.. myk kena byk la sikit masa goreng ni..

2 bj kentang
~>> potong, bersihkan lumur dgn lada sulah + garam sikit..
kemudian goreng hingga masak, ketepikan

Back-up bahan, suka hati aku je nk ckp..janji kome paham😆😆
lada capsicum
bunga kubis, brokoli pun blh
cendawan butang, carrot, apa2 ajer yg korang rasa nk letak blh jer
1 bj bawang besar/holland belah

Untuk sos Caramel Pedas :
3 s/b brown sugar
sedikir air panas
1 senduk cili kisar - cili kering yg tlh dikisar bersama dgn bwg kecil + bwg putih
1 s/b sos tiram
1/2 senduk cili sos
1 kiub bilis/ayam
air panas secukupnya
kicap lemak manis secukupnya..

NOTA : garam & gula jika perlu utk sesuaikan rasa..

cara-cara :
dlm kuali masukkan brown sugar + air panas.. kacau gula hingga cair, masukkan cili kisar biarkan cili tu masak sebentar..
- masukkan semua "back-up bahan" kacau la bg sekata dgn cili tu..
- masukkan sos tiram + cili sos + kiub bilis, kacau biarkan masak sebentar..
- agak sos tu kering blh tuangkan air panas, jgn byk sgt nnt berkuah jer.. tp klo pandai ejas letak la tpg jagung bg yg berkuah td tu pekat..senang je,, kita yg buat dia.. lps tu rasa la balik taste nya..
- masukkan kicap lemak manis.. sesuaikan rasa.. siap..
- tuang atas ayam tergolek bulat tu.. letak kentang yg dh siap goreng..





selamat mencuba..

hv fun with my cute photo