Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 17 January 2017

PAU CENDAWAN VIRAL

Berbudi pada tepung.. tetiba jd cendawan.. hihi org dh lama viral kita baru sampai..

tk tau la jd ke dak cendawan nye.. cuma nk pesan klo hangpa bancuh serbuk coklat + tpg beras tu jgn cayaq.. biaq pekat sikit bila sapu kat skin pau baru merekah cantik bila pau mengembang.. saje duk eksperimen..

mai2 3 ringgit seketoi.. :P





PAU CENDAWAN JUICY
By ~ ALeen Aireish
Sumber ~ aznie khasri/kak ida osman/tahrunnisah jali

Bahan Doh
=========

Bahan A
350gm tepung pau
1 1/2 sudu besar shortening
2 sudu kecil double acting baking powder
sedikit garam
1/2 sudu kecil bread softner (kalau takde takpe)
1 sudu besar susu pekat

Bahan B
2 sudu kecil yis
3/4-1 cawan air suam
1 sudu besar gula

Bahan Kulit Cendawan
==================
sapuan koko (yang ni saya amik resepi dari kak Ida Osman
saya buat 1/2 adunan sahaja sbb terlalu banyak

1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk koko
5-6 sudu besar air

Cara-caranya :

1. bahan B dicampur bersama dan letak dlm satu bekas besar dan tutup permukaannya dan biarkan selama 5 mnt

2. Gaul Bahan A kecuali shortening digaul sebati terlebih dahulu dan masukkan shortening gaul sebati (seperti breadcrumb) baru tuang air yis sedikit demi sedikit . Uli sehingga tak melekat ditangan dan lembut .

3. Uli jangan terlalu lama ye..uli hingga adunan sebati je

4. Perap doh selama 15 mnt suhu suam2 je (perap doh pau ni mesti kene tutup kira takde angin boleh masuk..tak kisah nak perap dlm plastik ke atau tupperware atau tutup ngan kain lembap

5. bulat2 kan doh 30gm kemudian leper kan ia dan masukkan inti dan tutup balik. dan bulat2 semula hingga permukaan tu licin dan alas atas plastik yg dipotong kecil. letak terus atas bekas kukusan tu tp jangan kukus lagi tau..saya terus letak atas bekas tu supaya hasil pau cantik bulat je. tak payah nak pindah2 bagai. buat sekali ngan stem (batang) cendawan skali ..ambil sikit buat bentuk silinder.

6. dah siap utk satu loyang kukusan terus sapu permukaan pau dgn berus. jgn nipis dan jangan terlalu tebal...

7. Perap adunan semula (tutup permukaan loyang) selama 20-25 sehingga pau merekah

8. Sebelum tu kita harus panaskan dulu periuk kukusan kita . kukus pau selama 10-12 mnt dah siap buka penutup sikit je utk keluarkan wap dulu kemudian baru keluarkan loyang kukusan yang ada pau tu..

9. buat lubang tengah2 pd pau bahagian bawah [guna jari je buat lubang pd pau] celup stem (batang cendawan) pada adunan koko tadi dan masukkan dlm lubang ...buat sampai habis dan kukus semula selama 2-3 mnt. Sendengkan pau masa nak kukus balik semula tu ...Siap!

Bahan Inti
========
>> PILIHAN INTI NO. 1 <<

Inti Mushroom Cheese
2 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih potong dadu
3 sudu besar minyak masak
2 keping dada ayam potong dadu
10 biji cendawan shitae yang dikembangkan dulu bagi lembut dgn air panas kemudian potong kecil2 [saya guna cendawan butang dlm tin]
garam
lada besar potong dadu
1 sb serbuk pati ayam

sos putih
1 sudu besar butter
1 sudu besar gandum
1 cawan susu segar
3 keping cheddar cheese

caranya..

tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan masukkan dada ayam dan cendawan shitae serta serbuk pati ayam. biarkan sampai air nya kering ..perisakan dgn garam sedikit dan masukkan lada besar . tutup api


sos putih plak
panaskan butter dan masukkan gandum kacau sekejap

masukkan susu segar dan kacau lagi kemudian baru masukkan cheese..dah agak likat sos putih tu kita masukkan dlm adunan mushroom tadi kacau sekata masak shingga ia agak2 kering sedikit. biarkan ia sejuk baru boleh masukkan dlm doh.

-------------------------------------

>> PILIHAN INTI NO. 2 <<

Bahan Inti :

1 cawan cendawan butang/shitake * dicincang
2 biji bawang holland dipotong dadu
2 sudu butter/marjerin
1 sudu minyak zaiton/masak
1 cawan isi ayam dipotong kecil2
1 biji ubi kentang diparut
1 biji lobak merah diparut
1/2 tin sup cendawan atau 1 peket sup cendawan dibancuh dgn 1 cawan air
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk lada sulah
1/2 cawan susu segar
1 sb gula
garam dan kiub ayam/cukup rasa maggi
3 kpg cheesedale

Cara2 :

Panaskan butter dan minyak zaiton

Tumis bawang hingga layu

Masukkan cendawan,ayam,ubi kentang dan lobak.

Masukkan susu,sup cendawan dan cheese.

Masukkan lada sulah dan lada hitam

Rasakan dgn gula dan garam/kiub/cukup rasa

Masak sampai agak kering dan sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

c.c. kami menyediakan kelas belajar online chees tart gebu/talam/fondant kering utk hiasan/tartqueen nenas klasik sgt berbaloi, pm me utk details kelas.. tq

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo