Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 17 January 2017

KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU - KEK VIRAL

ramai dh ada resepi ni.. saje share..

tercungap hapdate resepi step by step kek antoooo ni..saya ikut resepi kak ita masam manis.. mmg sedap... ori tak ori teman tak tau la.. tp tabik spring nk bagi.. lps makan tumbuh siong haha tk tau lantok kome..





KEK COKLAT CHEESE LARVA BERHANTU
By ~ ALeen Aireish​
sumber/rujukan ~ kak azlita masam manis/chef asma

1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor

2 biji telur Gred A
Telur di pukul dengan wisk.. ketepikan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Satukan semua bahan kering dan ayak, Ketepikan

Cara-cara :
- Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut.

- Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..

- Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...
tutup api.

- Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar

- Susun bekas aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak

- Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna

Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese

KRIM CHEESE

250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka

Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul

COKLAT LELEH

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )

Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk

Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.

Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan

Biarkan coklat mencair

Tambahkan esen vanilla dan gaul rata

Biarkan sejuk

PART HIAS KEK
Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 bahagian
Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh

Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.

Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.

Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair

Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit

Sedia di nikmati.



















SELAMAT MENCUBA!!!! ..


1 comment:

hv fun with my cute photo