Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 30 March 2016

AYAM TEPUNG SAMBAL KERING


Mencuba isi ayam goreng bertepung rangup masak sambal kering.. mmmm.. tak menghampakan.. ratah pun sedap.. yg penting famili suka..





AYAM TEPUNG SAMBAL KERING
By ~ ALeen Aireish

1 mangkuk isi ayam potong nipis
1/2 cawan tepung beras
suku cawan tepung gandum
sedikit garam

~>> isi ayam cuci bersih, gaul dgn tepung tak perlu tambah air yer, goreng hingga masak rangup.. ketepikan..

12 tangkai cili kering
2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih

~>> kisar halus, ketepikan

2 tangkai daun kari
3 inci halia - tumbuk lumat
garam & gula untuk sesuaikan rasa

Cara-cara :
- panaskan minyak, tumis daun kari layu, masukkan bahan kisar + halia, tumis hingga naik bau wangi dan garing
- masukkan isi ayam, gaul sekata dgn sambal.. tutup api..














SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo