Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 16 March 2016

AYAM PANGGANG KARAMEL PEDAS

Memang best.. tinggal tulang temulang je.. habis kena sapu..
Resepi dah parking.. menu yg tak seberapa utk famili makan2..




AYAM PANGGANG KARAMEL PEDAS
By ~ ALeen Aireish

1 ekor ayam

~>> cuci bersih2 bahagian luar dalam ayam
didih air, kukus/stim ayam hingga masak.
sediakan loyang yg dilapik dgn aluminium foil, alihkan ayam ke dlm loyang

1 batang carrot
2 bj kentang
1 capsicum

~>> potong ikut citarasa, masukkan aje ke dlm loyang ayam

Bahan Perap :
sos tiram
kicap lemak manis
lada sulah
serbuk kunyit
garam halus
sedikit jus perahan lemon

~>> tiada sukatan agak2 sendiri aje, campurkan/sapukan rata pada ayam luar dalam yg siap kukus masak td.. perap lbh kurang 15-20 minit, sedia utk dipanggang dlm oven hingga kentang lembut ayam kelihatan brown.. suhu 180-200 bergantung pada oven masing2

Bahan Sos Karamel Pedas :
2 s/b gula [dijadikan gula hangus]
*** gula dah cair masukkan lbh kurang 50ml air, kacau licin, ketepikan sebentar
1 bj bawang besar + 3 ulas bawang putih + 7 bj cili kering = kisar halus [nak pedas lebihkan cili kering]
3-4 s/b cili sos
kicap lemak manis secukupnya
garam halus secukup rasa utk sesuaikan rasa

~>> periuk gula hangus/karamel tu, pasang api sederhana, masukkan cili kisar biarkan mendidih berbuih. Masukkan cili sos + kicap + garam = kacau sebati & mereneh sebentar.. sedikit pekat tutup api siram atas ayam panggang. sedia utk hidangan..


















SELAMAT MENJAMU SELERA..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo