Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 1 February 2016

AYAM MASAK LADA HITAM


Sekali Sekali buat menu macam ni sedap juga.. menambah makan..






AYAM MASAK LADA HITAM
By ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan :
Ayam [aleen buat separuh/half]
1 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 inci halia - ditumbuk
1 biji lada benggala - dihiris
2 s/mkn lada hitam biji - ditumbuk
2 s/mkn cili kering kisar
2 s/b sos tiram
3 s/b sos cili
2 s/b sos lada hitam [optional]
5 s/b kicap lemak manis [rasa tk cukup blh tambah]
1 cawan air
sedikit tepung jagung + air utk pekatkan kuah
myk utk menumis
garam & gula secukup rasa


Cara-cara :
- Ayam potong sederhana besar atau ikutlah citarasa sendiri nk potong size kecil pn blh, cuci bersih
- gaul ayam dgn serbuk kunyit + garam, goreng separuh masak, ketepikan..
- panaskan myk tumis bahan2 tumbuk + cili kisar hingga naik bau garing
- masukkan ayam + 1 cawan air + cili benggala, masak sebentar
- masukkan sos tiram + sos cili + kicap lemak manis + garam + gula secukup rasa
- kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, gaul sekata akan nampak gravy tu bertukar pekat
- akhir sekali masukkan lada hitam yg ditumbuk, gaul sekata sekali lagi, siap utk dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo