Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 3 February 2016

APAM POLKADOT MINION BELAJAR MELUKIS

Kalau dah minat... semua benda nak cuba buat .. Alhamdulillah dengan kurniaan Allah syukur jari jemari saya suka melukis.. jadilah walaupun nampak macam budak tadika hihihi.. Resepi sama seperti entry saya yg dulu.. saya sharingkan lagi sekali..




APAM POLKADOT
By~Aleen Aireish

Bahan-bahan

3 biji telur [dr peti sejuk]
275 g tepung gandum
220 gula castor [gula halus pn blh]
150 ml susu segar [susu cair pn blh]
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette

untuk inti / filling
Blueberry / Strawberry / Kaya / Nutella / Peanut etc..ikut citarasa

Cara-cara :

- Ayak tepung gandum bersama dgn baking powder bg merangkap udara serta meratakan baking powder di dlm tepung gandum.

- Pukul telur dahulu hingga keluar buih lbh kurang seminit , lps tu masukkan ovalette pukul lagi.. lps tu masukkan gula.. pukul sehingga betul2 putih dan kembang, lbh kurang 10 minint ke 15 minit.

- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dgn susu dan sebatikan mengguna spatula atau senduk kayu.

- Warnakan ikut citarasa sendiri..

- Kukus adunan dgn api sederhana, bg mengelakkan apam polkadot mekar (pecah) di tgh nya.








SELAMAT MENCUBA...



No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo