Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 19 January 2016

LASAGNA ROTI BAKAR VERSI ALEEN

tak rugi buat.. memang terangkat sedap...



LASAGNA ROTI BAKAR VERSI ALEEN
By ~ Aleen Aireish
Bahan-bahan :

12 keping roti gardenia
4-5 bj telur
1 tin susu cair
cheese mozarella / cheddar cheese keping secukupnya
2 paket kecil rempah kari babas pedas [dibancuh dgn sdkt air]
6 keping daging burger [cincang halus]
4 bj kentang [potong dadu]
1 bj bawang kuning holland [potong dadu]
2 ulas bawang putih [tumbuk halus]
1 inci halia [tumbuk hancur]
2 bj cabai merah + 2 bj cabai hijau besar [potong dadu]
daun bawang + daun sup secukupnya
garam / gula / minyak

Cara buat inti :
panaskan sdkt myk, tumis sebentar bawang holland + bawang putih + halia, kemudian masukkan kari, gaul rata.. masukkan kentang, biarkan sebentar

dah naik bau masukkan daging + garam + gula secukup rasa, masak hingga kentang empuk, tutup api masukkan cabai merah, hijau & daun bawang,sup gaulkan rata.. angkat.. ketepikan..sejukkan..

Cara susun roti :
- saya guna loyang bulat saiz 10inci, sapukan sdkt butter/margerine

1) roti dibasahkan dgn susu cair susun dlm loyang
2) letak inti ratakan
3) tuang 1 bj telur yg tlh dikocok trlebih dahulu, ratakan
4) taburkan mozarella cheese
5) ULANG STEP YANG SAMA DARI NO.1 BUAT SAMPAI HABIS

Cara bakar :
- dah habis buat semua, bakar 30 minit suhu 190 bergantung oven masing2 yer..
- dah masak keluarkan lasagna roti dr oven, kocok 1 atau 2 bj telur tuang atasnya dan taburkan cheese sebanyak mana kita nak, tutup permukaan loyang dgn aluminum foil, masuk semula dlm oven, masa kurang lebih 10 minit. siap..
- sejukkan sebelum potong.. dihidang bersama dgn sos cili + mayonis.. tersangat lah sedapnya..





























SELAMAT MENCUBA....

1 comment:

hv fun with my cute photo