Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 20 January 2016

APAM NASI / BERAS SESEDAP RASA



Ramai yang menggemari ni kan.. dihidangkan sama ada semasa sarapan mahu pun minum petang.. sedapnya..






APAM NASI / BERAS SESEDAP RASA

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ yatiememories

Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam [kukus sebentar]

Cara-cara :
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan adunan kisar tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Didihkan air kukusan dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.































SELAMAT MENCUBA...





No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo