Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 18 September 2015

CRAZY CAKE


Alhamdulillah syukur.. hari ni berkesempatan lagi mengemaskini blog kesayangan hamba walaupun tak seglamour blogger2 famous yang lain .. resepi2 yg ada di blog ni saya share dgn hati yg ikhlas.. Inshaa Allah semuanya sedap2 .. teringat kata2 sorang chef ni.. masak with iman penuh dgn kasih sayang.. peace!!!

NO MIXER REQUIRED.. suka kan.. hanya senduk kayu aje diperlukan.. mudahnya.. senangnya..

I'm in Love with this .. nyummyyy... make me crazy hahaha.. jangan la scary tau.. suka hati je kita letak nama tu sebab pd resepi asal kata bread, gambar yg disharing by tuannya tu macam kek.. i jd konpius sekejap .. mana satu ni..?? tapi i tengok mcm kek.. hehehe




CRAZY CAKE
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ smitten kitchen

Bahan-bahan :
1/2 cawan butter
3 biji pisang montel/berangan
3/4 cawan gula perang
1 biji telur
1 s/k esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1/4 sudu garam halus
1/2 cawan bijan [sangai dahulu]
1/2 atau 1 cawan chocolate chips [utk hiasan]

Cara-cara :
- loyang size 9x5 sapu butter & lapik dgn kertas baking. ketepikan.. panaskan oven
- butter dicairkan, ketepikan
- tpg gandum + soda + serbuk koko diayak bersama. ketepikan
- dlm bekas besar lecek/lenyekkan pisang
- masukkan butter cair ke dlm bekas pisang + gula perang + telur + esen vanila kacau sebati dgn senduk kayu
- masukkan bahan yg diayak td + garam, kacau sebati. Akhir sekali masukkan bijan kacau sebati, tuangkan ke dlm loyang taburkan chocolate chips bakar suhu 180 selama 1jam atau hingga masak. keluarkan dr oven biarkan sejuk boleh dipotong utk hidangan..






SELAMAT MENCUBA ...

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo