Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 16 December 2014

PAJERI TERUNG





PAJERI TERUNG

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA 
5 biji terung ungu saiz sederhana (kurang lebih 1 jengkal)
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1/2 camca teh pes asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
1 helai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan pati santan
2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba's)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA 
Terung dibuang pangkalnya, kemudian belah 2 setiap 1 dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus dan kacau hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
Panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau rata, masak dengan api kecil hingga rempah garing dan naik minyak.
Masukkan pes asam jawa, santan dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan terung (toskan). cili merah, cili hijau dan kerisik. Kacau rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Selalunya paceri sedikit manis. Masak hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo