Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 16 December 2014

AGAR-AGAR SUMI WARNA WARNI



AGAR-AGAR SUMI WARNA WARNI
BY ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan :
1 paket Agar-agar tali
Air :> masa nk rebus agar2 ni airnya sila refer pd pack agar2 tu berapa ml ok.

sumi pelbagai warna secukupnya
1 cawan susu cair [aleen guna sukatan cwn matrik = > 1 tin]
1 cawan gula [mana yg suka manis blh add lbh sikit]
2 s/b milo
1 s/t coklat powder

part & sedkt tips yg perlu didahulukan sblm masukkan agar2
- acuan biru plastik size 7 atau 9 inci
- sumi secukupnya

cara-caranya : buka semua sumi yg diperlukan, tapiskan air sumi terdahulu, ambl bekas acuan biru tu, basahkan sikit dgn air, susun sumi rapat2 diantara satu sama lain jgn kelihatan ruang pun.. simpan dlm freezer/tmpt beku dlm peti ais seketika.. sementara kita sediakan utk cara2 di bwh ni... biarkan sumi yg tlh disusun kt dlm tu..

Cara-cara :
- rebus agar2 bersama gula hingga hancur
- masukkan susu cair, biarkan mendidih sekejap, tapiskan
- bahagi kpd 2 bahagian, satu warna asal, satu lg masukkan milo & serbuk coklat kacau sebati
- ambil sumi yg disusun td dr freezer. tuang agar2 warna putih pelan2 atas sumi hingga menutupi sumi, biarkan keras
- utk menuang lapisan ke-2, ambil garfu luka2 kan lapisan putih dahulu, tuangkan agar2 coklat yg panas atas nya,tuang pelan2.. biarkan sejuk, simpan dlm peti ais
- blh keluarkan dr acuan bila dh keras

SELAMAT MENCUBA!!!

KUIH LAPIS LEMAK MANIS




KUIH LAPIS LEMAK MANIS

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ endang endyz

Bahan-bahan :

2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg beras
1 s/b tpg ubi
5 cwn santan
2 cwn gula
secubit garam
perwarna pink

Cara-cara :
- ayak bhn kering
- campurkn kesemua bahan tu gaul sebati [aleen blend halus] tapiskan
- bahagikan kpd 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan pink, 1 lg warna asal
- apabila air kukusan tlh mendidih blh lah mula melapis lapisan pertama selama 5 mnt, kemudian tuang lapisan ke-2 pula kukus 5 mnt , ulang step kukus lapis by lapis smpi habis. [pastikan acuan disapu dgn sdkt myk msk dulu ehh..]
- kukus selama 30 mnt atau hingga msk

SELAMAT MENCUBA!!!


AYAM MASAK JINTAN





AYAM MASAK JINTAN
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
1 mangkuk santan kelapa
1 s/t jintan manis **
1 s/t jintan putih **
2 bj bwg besar **
6 bj bwg kecil **
10 tangkai cili kering **
5 btg serai **
2 inci lengkuas **
2 inci halia **
kunyit hidup **
2 bj cabai besar hijau
2 bj cabai besar merah
1 helai daun kunyit
2 s/b kerisik dibuat sendiri
sdkt myk utk menumis
garam & gula secukup rasa

Cara-cara :
- ayam bersihkan
- bertanda [ ** ] blend hancur
- panaskan myk, tumis hingga naik bau
- masukkan ayam, santan, gaul mesra
- bila dh mereneh masukkan garam & gula secukup rasa
- masukkan kerisik, cabai hijau & merah & daun kunyit.. gaul mesra
- dah masak hidangkan bersama nasi

SELAMAT MENCUBA!!!

PAJERI TERUNG





PAJERI TERUNG

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA 
5 biji terung ungu saiz sederhana (kurang lebih 1 jengkal)
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1/2 camca teh pes asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
1 helai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan pati santan
2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba's)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA 
Terung dibuang pangkalnya, kemudian belah 2 setiap 1 dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus dan kacau hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
Panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau rata, masak dengan api kecil hingga rempah garing dan naik minyak.
Masukkan pes asam jawa, santan dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan terung (toskan). cili merah, cili hijau dan kerisik. Kacau rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Selalunya paceri sedikit manis. Masak hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

SELAMAT MENCUBA!!!

RENDANG PEDAS




RENDANG PEDAS

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ opah tersayang

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
** potong & bersihkan, masukkan dlm kuali

6 ulas bwg kecil
1 bj bwg besar
10-15 tangkai cili kering
4 pcs kunyit hidup
** blender hancur

3 inci halia
3 inci lengkuas
6 btg serai
** dihiris halus, ditumbuk kasar dgn lesung batu

1 helai daun kunyit
**hiris halus2
cabai merah & bwg kering utk hiasan

1 kpg asam keping
1 mangkuk santan [agak2 ayam semua tenggelam]
kerisik kelapa yg dibuat sendiri [agak2 sendiri byk mana nk letak]
garam & gula secukup rasa

Cara-cara :
- masukkan semua bahan sekali gus dalam kuali KECUALI KERISIK.. reneh atas api hingga menggelegak, kacau rata..
- masukkan garam, gula, kerisik kacau lg.. guna api perlahan hingga masak .. nk rendang pedas kering kena masak lama hingga kuah agak kering..

SELAMAT MENCUBA!!!

AYAM KARAMEL




Ayam Karamel
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ kwn2 pesbuk

Bahan-bahan :
1 ekor ayam size kecil
**potong ayam ikut part of body, cuci bersih, rebus, toskan.. kemudian campurkan kunyit & garam grg mcm ayam goreng biasa, ketepikan..

1/2 cawan gula
**buat gula hangus + 1/2 cawan air utk jadikan karamel

1 biji bawang besar belah 4
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia [dicincang]
1 s/mkn lada hitam [ditumbuk]
1 s/besar sos cili
1 s/besar kicap pekat [aleen guna kicap biasa]
1 s/besar cili blend

Cara-cara :
- panaskn sdkt myk, tumis cili blend, bwg putih, bwg besar, halia & ayam lbh kurang 5-6 minit
- angkat kuali tuangkan dlm periuk yg ada karamel, masukkan semua bhn sprt sos & lada hitam, gaul bg rata.. aleen tambahkan dlm 1/2 cwn lg stok ayam, tutup sekejap, kacau lg sekali supaya ayam tu kelihatan bersalut kuah agak pekat.. jika x nk pekat kering pnm xpe biarkan berkuah sedikit sprt pic aleen tu..

SELAMAT MENCUBA!!!

POTATO SPRING HOMEMADE



POTATO SPRING HOMEMADE

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Sweets N Bites

Bahan-bahan perlu ada :
kentang
tpg grg segera [kita guna tpg Bestari Spicy]
lidi size panjang

Caranya :
1) Cuci bersih kentang (guna Russett potato lagi sedap, cucuk lidi ditengah2 kentang hingga menembusi (dari hujung kehujung)

2) Ambil pisau n potong tipis (swirl) tp jgn putus, hingga habis ... pastikan pisau hingga keparas lidi bila memotong supaya bole direnggangkan kentang tu bila selesai memotong.. potong tipis supaya garing bila digoreng..

3) Apabila selesai memotong, renggangkan potongan kentang itu.

4) Salut kentang dgn tepung serbaguna tuk menggoreng, bole dibancuh ataupun salut tepungnya jer, terpulang kpd individu n selera masing2..

5) Goreng kentang hingga garing.

6) Pipekan mayonis, cili sos n black pepper sos jika suka n siap untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA!!!

KASUWI GULA MERAH






KASUWI
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Norzailina Nordin

100gm tepung gandum
1 s/b tpg ubi/kanji
1 s/t air kapur cair
300 ml air biasa

bahan air gula
125ml air
120gm gula merah
100gm gula pasir
1 helai daun pandan, disimpulkan

1/4bj kelapa parut
garam secukup rasa
**kukus lbh kurang 3 minit

Cara-cara :
- Jerang semua bahan air gula hingga mendidih, tapiskan dan biar sejuk
- satukan, ayak tpg gandum & tpg ubi
- tuangkan air biasa, air gula dan air kapur, kacau rata, [masukkan dlm blnder blend bg halus, tapis - ni step aleen sendiri buat cpt n mudah]
- tuang dlm loyang yg disukai yg disapu myk msk
- kukus 25-30 atau hingga masak
- gaul dgn kelapa parut td

SELAMAT MENCUBA!!!

CUCUR KEMBUNG MANIS




CUCUR KEMBUNG MANIS
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Noraslinda bugal

BAHAN-BAHAN
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air panas (air yang baru mendidih dan betul2 panas)
1/2 Cawan susu pekat manis (boleh lebih atau kurangkan mengikut citarasa masing2)
Secubit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA
Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
Adunan akan menjadi doh dan melekat di tangan(macam kuih keria tu).
Biarkan doh agak sejuk/suam2 kuku baru boleh digoreng(supaya senang nak bulat2kan dengan tangan).
Pastikan minyak betul2 panas dengan api sederhana,celup/basahkan tangan dalam air,ambik doh tadi mengikut saiz yang kita nak,kepal2/bulat2 kan dan terus goreng.Masak hingga kekuningan
Masa dalam kuali bila nampak kuih dah boleh diterbalikkan selalu kacau2/kaup balik dengan sudip supaya kuih cantik bulatnya
Enak dihidang panas dan dinikmati bersama keluarga ..

Sumber resepi:Google/Group Masakan/Rakan FB-tq semua

SELAMAT MENCUBA!!!

MACARONI SUP



MACARONI SUP

By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
1 pkt macaroni
** rebus air + dgn sdkt myk masak, rebus macaroni hingga kembang masak

Utk Sup :
2 kiub ayam knorr
1 s/b sos tiram
3-4 ulas bwg kecil merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 helai daun pandan [simpulkan]
1 btg serai [dititik]
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 bj buah pelaga
4 pcs bunga cengkih
air secukupnya
garam secukup rasa
sdkt lada hitam biji
cendawan
fish ball / fish cake
celery
bwg goreng

Cara-cara :
- panaskn myk masukkan bwg merah, putih, halia, serai, bunga lawang, kayu manis, pelaga, lada hitam, bnga cengkih goreng sebentar hingga naik bau
- tuang air secukupnya, masukkan daun pandan, biarkan mendidih
- masukkan cendawan, fish ball, fish cake, kiub ayam, sos tiram, garam secukup rasa
- akhir sekali masukkan celery, siap utk dihidangkan..
- makan bersama dgn CILI POTONG + KICAP, sedap

SELAMAT MENCUBA!!!

JERUK MANGGA ASAMBOI






JERUK MANGGA ASAM BOI
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ rakan2 pesbuk

3 bj mangga size besar [nk muda atau masak terpulang]
3 s/mkn gula
2 s/mkn serbuk asam sweet & sour
5 bj cili api
asam boi biji
Sikit garam

- mangga buang kulit, potong
- cili dipotong
- masukkan semua bahan dlm mangkuk, gaul rata
- masukkan dlm bekas, simpan dlm peti ais, lps 5 jam blh mkn

NAK GUNA EPAL HIJAU ATAU BUAH-BUAHAN LAIN PUN BLH, SEDAP

SELAMAT MENCUBA!!!

POPEYE SPINACH BUN / ROTI BAYAM





POPEYE SPINACH BUN

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ sis ida osman

Bahan-bahan :
400gm tpg roti
100gm tpg gandum
[**** aleen guna 500gm tpg roti terus]
40gm gula pasir [ aleen guna gula kaster]
160ml air [aleen lebihkan sikit air dr peti ais, air sejuk..]
2 tsp mauripan
1 bj kuning telur
1 s/k garam halus
50gm butter [aleen guna shorterning]
120gm bayam [aleen guna 100gm bayam]

Cara-cara :
- didihkan air masukkan sdkt myk, rebus bayam hingga lembut, perah buang air dan cincang halus, ketepikan
- satukan kesemua bahan utk doh KECUALI garam & shorterning, gaul rata
- masukkan garam & shorterning mula menguli hingga doh menjadi elastik, ketika ini doh mmg agak kenyal.. [doh menjadi agak lembut slps bayam dimasukkan]
- masukkan bayam cincang uli lg hingga doh benar2 lembut, elastik dan agak berkilat. [boleh tambah air jika doh terlalu keras]
- rehatkan doh 1 jam atau kembang 2 kali ganda
- timbang doh ikut berat yg kita suka, bulat2kan, rehat lg 10 minit
- canai doh membujur, isikan inti/filling & gulung menjadi lonjong, letak dlm loyang yg tlh di lenserkan butter atau shorterning
- rehatkan hingga naik 2 kali ganda dr size asal, semburkan permukaan doh dgn air, bakar 20-25 minit atau hingga masak, suhu 180

Untuk Inti boleh dipelbagaikan ikut selera sendiri. yg tu kita buat inti kentang ikan bilis, sedap kena rasanya bila mkn dgn spinach bun ni.. nyummyy


SELAMAT MENCUBA!!!

hv fun with my cute photo