Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 25 September 2014

POTATO MIX CARROT FRITTERS

YANG LARIS YANG GLAMOUR TGK KAWAN2 BUAT.. TER"HOT" DI PESBUK DORANG CAKAP.. APA LAGI SEMESTINYA NK CUBA.. anak2 dah menjamu selera.. menjilat jari ..





POTATO MIX CARROT FRITTERS
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ rakan2 pesbuk

Bahan-bahan :
4-5 bj kentang/potato - disagat halus memanjang
1 bj carrot [ aleen letak sendiri dlm resepi asal tiada] - disagat halus memanjang
daun bawag & daun sup - diracik halus
4 s/b tpg jagung
3 s/b tpg gandum
1 bj telur
serbuk lada sulah
sdkt garam secukup rasa
ikan bilis tumbuk [aleen letak sendiri dlm resepi asal tiada]

- campurkan semua bahan dlm bekas, kacau bg sama rata.. mesra
- leper2kan, supaya goreng nnt potato mix carrot fritters ni garing
- panaskan myk goreng hingga kuning keemasan, angkat sedia dihidangkan bersama sos cili

NAK DAPATKAN HASIL SEPERTI BERSARANG KURANGKAN TEPUNG.. TERASA POTATO NYA SHJ BILA MAKAN.. TAK ADA RASA TEPUNG SGT






SELAMAT MENCUBA!!!

AYAM BUNGKUS

PELBAGAI CARA NAK TARIK SELERA ANAK2 NI.. BILA TGK LAIN SIKIT MAMA BUAT.. TERUJA NK MAKAN.. TU YG MAMA SUKA.. JANJI HABIS DIMAKAN..





AYAM BUNGKUS
By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
isi ayam potong kecil secukupnya
carrot
kubis
brokoli
baby corn
kcg panjang
bwg besar
bwg putih
cili potong kecil
sos tiram
secukup rasa maggi
sdkt myk utk menumis
2 bj telur
sdkt lada sulah

- panas myk masukkan bwg putih & besar
- masukkan semua sayur kecuali kcg panjang, kcg pnjg last sekali supaya kcg pnjg tk layu
- bg perasa masakkan kita tu, masukkan sos tiram & secukup rasa maggi, gaul2 masukkan kcg pnjg siap ketepikan dulu..

- sdkt myk panaskn non stick pan, kocok telur 2bj campur sdkt lada sulah.. tuang telur & lerengkan sprt buat crepe/ketayap tu..
- dh agak msk dadar telur tu, ambil ayam siap msk, tuangkan atasnya.. lipat/bungkus ayam tu sprt dlm gambar. sedia utk dihidangkan..

SELAIN AYAM NAK TUKAR DAGING KE.. SEAFOOD KE BLH AJER..

SELAMAT MENCUBA!!!

KEK KUKUS BERALUN

kalau citer rasa nk buat lagi.. sgt2 lembut rasa mmg sedap.. 2 biji buat habis .. nk tau mcmne cuba lah.. kita dh cuba.. 



KEK KUKUS BERALUN
By ~ Aleen Aireish / sumber rakan pesbuk

5 bj telur gred A
1 cwn gula halus
1 s/b ovellete
2 cwn tpg gandum diayak dgn 1 s/k baking powder
1 tsp esen vanila
150gm susu pkt
10 s/b margerine - dicairkan & sejukkan dulu
secubit garam halus, perwarna digemari
serbuk koko & milo campur kedua-duanya- ketepikan

- panaskan air kukusan
- mixer laju semua bahan betul2 kembang KECUALI margerine cair, perwarna & serbuk koko/milo. masukkan margerine pula sikit2 kaup balikkan aje
- loyang disapu margerine & dilapik dgn baking paper
- bahagikan adunan kpd bbrapa bahagian warnakn dgn warna kesukaan.. masukkan satu bahagian ke dlm loyang, ayak serbuk koko+milo di atasnya... ulang hingga adunan habis
- tutup loyang dgn aluminium foil kukus 45-60 mnt atau hingga msk, apabila msk biarkan sekejap 5 mnt dlm loyang, keluarkan & sejukkan, potong blh hidangkan..

Teknik nk buat beralun.. Ekceli kita hentam je hehehe.. Dh habis semua adunan dilapis dlm loyang, ambil lidi satay pnjg tu.. Yg bersih ehhh buat bentuk zig zag kt adunan tu pastikn lidi tu kena smpi dasar loyang.. Tu aje

SELAMAT MENCUBA!!!

RAINBOW CHIFFON CAKE








SELAMAT MENCUBA!!!

SATAY AYAM GORENG BERLADO

BILA OTAK JEM JADI LAH LAUK TENGAH HARI BEGINI.. KALAU BELI AYAM, ISI AYAM REJECT.. TAPI BILA DI TOUCH-UP SIKIT, ITU PUN CUCUK KAT LIDI JE PUN.. .. SENYUM SAMPAI TELINGA.. wahhh best mama masak special ni.. 
berehhh licor kena mkn..


SATAY AYAM GORENG BERLADA

By ~ Aleen Airesh
sumber ~ sendiri punya resepi

Bahan-bahan :
isi ayam secukupnya lbh kurang dlm sepinggan gitu
2 s/mkn serbuk rempah sup
1 s/mkn serbuk jintan manis
2 s/m serbuk jintan putih
sdkt serbuk kunyit
garam
gula
lidi

** ayam cuci bersih, campurkan dan gaul dgn semua bhn di atas, cucuk pd lidi, perap lbh kurang 15-20 minit.

utk sambal berlada :
1 bj tomato potong dadu
2 s/b cili blender [cili besar + bwg merah + bwg putih] nk guna cili kering pn blh
1 s/mkn sos tiram
3 s/b sos cili
sdkt garam secukup rasa

Cara-cara :
- panaskn myk grg ayam yg dicucuk lidi td, dh masak angkat ketepikan..
- tumis cili blender garing, masukkan semua sos n tomato dipotong dadu, masukkan garam. kacau sebati siap.
- susun satay ayam grg dlm pinggan siram dgn sambal berlada td..
- makan dgn nasi putih

SELAMAT MENCUBA!!!

NASI AYAM PENYET SELERA SEBERANG

MENU AGAK BERBEZA HARI NI, JAWA MARI.. PERCUBAAN RESEPI YG BEST.. nk komen sikit lah.. dr pengalaman mkn kt luar byk kali.. yg ni terbest.. sedap.. bkn nk kata masuk bakul angkat sendiri.. sambal mantop.. tp kt luar tu mmg kureng lah..


NASI AYAM PENYET SELERA SEBERANG

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ resipicitarasawan

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
Kobis potong empat segi jika suka
1 biji timun – dihiris nipis
**lain2 sayur/ulam pun blh

Bahan A - dikisar utk perap ayam
50 gm bawang merah
30 gm bawang putih
20 gm lengkuas
3 btg serai
10 gm kunyit hidup
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 s/mkn jintan manis
2 s/mkn jintan putih
2 s/mkn ketumbar
gula secukupnya

**kisar semua bahan ni hingga hancur.

Bahan B - utk salut ayam
150 gm tepung beras
1 biji telur
200 ml air rebusan ayam (bahan A)

** Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:-
1. Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2. Rebus ayam, angkat toskan, letak kunyit dan garam halus gaul rata. kemudian masukkan bahan perap, perap dlm 1/2 jam.
3. ambil ayam perap utk disalut pula, masukkan dlm bancuhan tpg beras td, goreng hingga kekuningan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
4. lebihan bancuhan tpg td, Salut pada tempe dan tauhu juga, goreng hingga masak
5. Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,timun,tempe,tauhu bersalut dan sambal.

Paling best ** Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes(digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara Penyediaan Sambal :
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

** Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Nasi masak seperti biasa ingin aroma yg enak harum masukkan daun pandan.. nasi wangi..

Sup tu ikut citarasa kita nak guna resepi sup yg mana satu..

NOTE : Untuk lauk tak semestinya ayam.. ikan pn blh.. daging blh.. sotong blh.. apa aje ikut kegemaran kita n keluarga..

SELAMAT MENCUBA!!!
 

PAN CAKE PANDAN


oopss NOTA : RESEPI DI BAWAH NI PAN CAKE TASTE ORIGINAL, NAK RASA PANDAN JUST MASUKKAN 1 S/K "PASTE PANDAN" LUPA NAK MASUKKAN DLM RESEPI..




SELAMAT MENCUBA!!!

PAN CAKE

bukan nk cakap lah mmg senang sediakan nya.. suka yg blender2 ni.. cpt siap.. sedap pulak tu.. dah dua hari berturut-turut buat ni.. seisi keluarga menyukainya.. buat tak tau jer lah yer kat persembahan filling meleleh tu.. hehehe


By ~ Aleen Aireish
sumber ~ mai zura/k emma

PAN CAKE
[sukatan ni telah digandakan sukatan nya]

Bahan-bahan :
(A)
1 cawan air panas
2 s/b margerine
2 s/b myk masak
** campurkan semua bhn ni dlm satu bekas

(B)
2 cawan tpg gandum
2 s/b baking powder
1 sudu kfc soda bikarbonat [jgn sukat full menggunung yer.. biasa jer]
1 1/2 cawan susu cair + dgn 1 cawan air panas = 2 1/2 cawan
2 bj telur
4 s/b gula
**campurkan semua bahan ni dlm satu bekas lain, kacau rata

cara-cara :
- ambil blender, masukkan (A) & (B) sekali gus dan blend halus dan tapiskan, biarkan 30 minit
- panaskan non stick pan
- jika perlu sapukan sdkt myk sekali aje.. lps tu x perlu sapu myk lg..
- dgn api perlahan tuangkan sesenduk adunan, bila dh masak akan nmpk lubang2 atasnya, sedia utk diangkat..
- blh dimakan dgn kaya, bluberry & strawberry filling atau ikut lah kesukaan masing2..

SELAMAT MENCUBA !!!!

KUIH LIMAS PERAK

RESEPI PERTAMA PTG NI SETELAH SEKIAN LAMA BERCUTI HAVOC KATAKAN.. MAK JAUH KITA LAH KENA BUAT .. SENANG JER PUN TAK SAMPAI 10 MINIT SIAP BANCUH.. 

LIMAS PERAK RESEPI MAK KOMPOM JADI





KIUH LIMAS PERAK

Bahan A
Lapisan Atas :
2 cwn santan pekat
2 sudu tpg gandum
garam secukup rasa

Bahan B
Lapisan Bawah :
4 cwn santan cair
10 sudu makan tpg gandum
4 sudu tpg pulut
6 helai daun pandan
sdkt perwarna hijau - optional

Bahan C :
gula pasir secukupnya

Cara-cara :
- lapisan atas, masukkan semua bahan dlm mangkuk bancuh sebati
- lapisan bawah, semua bahan masukkan dlm blender, blend halus kemudian tapiskan. titiskan perwarna hijau jika suka.. tk perlu pn tak apa cuma warna hijau kurang menyerlah.
- panaskan air kukusan, masukkan gula dlm temelong [daun pisang yg sudah siap dibentuk bakul limas], masukkan dlm kukus biar sebentar dlm 3 minit.
- kemudian tuangkan lapisan bawah, masak dlm 10 minit
- akhir sekali tuangkan lapisan atas masak dlm 5 minit pula, agak2 dh masak biarkan sejuk sblm mkn..

NOTE : JIKA DAUN PISANG TAK ADA BOLEH AJER GUNA BEKAS DADIH YG KECIL NI.. RASA SAMA SEDAP NYA

SELAMAT MENCUBA!!!

TEPUNG PELITA PASIR MAS

pertama kali cuba teringin tgk org punya duk lalu kt wall hehehe.. sedap.. halusssss lembut jew kuih nya.. tp aleen dh edit sikit sukatan air tu.. sbb rasa mcm byk sgt.. asal 2.5 liter utk lapisan ijau, 2 liter utk lapisan putih.. bhn yg lain2 sama je.. dah buat molek gini.. hok alohhh chomey sokmo.. 





TEPUNG PELITA PASIR MAS

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ elani ab kadir/csue ct

Bahan-bahan : LAPISAN BAWAH
200gm tepung beras
1 liter air + 7 helai daun pandan diblender ambil jus
1 s/teh garam halus
1/2 s/teh air kapur
sdkt pewarna hijau - optional

**campur semua bahan kacau sebati, tapis. masukkan dlm kuali dan kacau tanpa henti api sederhana, kacau hingga mendidih dan berkilat, sdkt kental dan ketepikan..

Bahan-bahan : LAPISAN ATAS
1 cawan santan (200ml santan kelapa diperah dr 1/2 bj kelapa parut)
150gm tpg beras
1 liter air
sdkt garam secukup rasa

**campurkan semua bahan kacau sebati, tapis. masukkan adunan ke dlm kuali kacau hingga mendidih dan agak pekat.

Bahan-bahan lain :
gula pasir secukupnya

Cara-cara :
- sediakan temelong/bekas empat segi yg dibuat dr daun pisang, aleen guna bekas dadih tahan panas ni aje.. aroma daun pisang tak ada lah yer..
- masukkan gula pasir satu sudu teh ke dlmnya, tuangkan lapisan hijau, lps tu tuangkan lapisan atas putih pula.. kukus lbh kurang 3 ke 4 minit 
- dah sejuk blh hidangkan..

SELAMAT MENCUBA!!!

TEMPOYAK GORENG





TEMPOYAK GORENG

bahan-bahan :
1 senduk tempoyak + air [agak2 tempoyak cair]
segenggam ikan bilis
2 bj bawang merah
4 bj cili besar merah
4 bj cili burung
sdkt myk utk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
- blender ikan bilis bersama bwg dan cili
- panaskan myk, tumis naik bau
- masukkan tempoyak, garam n gula secukup rasa.. kacau sebati.. tutup kuali biarkan tempoyak masak hingga pecah myk, api sederhana aje..
- tutup api, hidangkan bersama ulam kesukaan.. nk mkn mcm tu aje pn sedap


selamat mencuba!!!


hv fun with my cute photo