Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 22 July 2014

JEJARI SIPUT


UNTUK BALANG KUI RAYA LAGI .. cuba baru tau sedapnye .. suka sgt ..

By~ Aleen Aireish
sumber~ kak reen khan

JEJARI SIPUT

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari daging
1/3 cawan majerin/butter
2/3 cawan santan
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
ikan bilis - ditumbuk hancur sukatan suka hati [aleen tambah sendiri]
1 paket paste tomyam adabi
1 sudu teh garam & 1 sudu teh gula
beberapa tangkai daun kari
minyak utk menggoreng terendam

Cara-cara :
gaul rata tepung & serbuk kari.
kisar santan, bwng putih, tomyam paste, udang kering, ikan bilis tumbuk, garam & gula hingga hancur.

ramas dgn hujung jari margerin dan tepung, bila dah rata campurkan bahan2 yg dikisar tadi. uli hingga mnjadi satu doh yg kental. (mcm doh roti canai tu..)

gentel bulat2 kecil2 doh. lps tu lenyek atas acuan kuih siput hingga mnjadi seakan2 kulit siput. ikut kepandaian masing2 lah yer.. [Aleen guna gunting ajer]..
panaskan minyak, goreng lah kuih siput dgn api sederhana. jgn kuat sangat supaya masak dlm nya & ranggup, coz ia agak tebal. bila dah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yg tlh dilurut daunnya. bila sudah garing dan masak, angkat dan tos kan.
bila sudah betul2 sejuk, blehlah disimpan dlm bekas kedap udara.




SELAMAT MENCUBA!!!


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo