Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 22 July 2014

BISKUT BIJAN


TENGOK BETUL2 BUKAN BUAH ROTAN YER .. ANTARA BISKUT YG SEDAP UTK HARI RAYA ..

BISKUT BIJAN

BY ~ Aleen Aireish 
sumber ~ K1 resipi citarasawan

Bahan A
250gm mentega
50gm shortening
150gm gula kaster
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B - Ayak
340gm tepung gandum
70gm tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan C
60gm bijan putih di sangai
40gm cornflakes - kisar halus
40gm serbuk badam - di sangai

Hiasan : Campuran bijan hitam dan putih, putih telur

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan C, gaul hingga menjadi doh lembut.
2. Ambil doh sebesar ibu jari, bulatkan, celup di dalam putih telur dan golek di atas campuran bijan.
3. Atur di atas dulang yang di gris, dan tekan ringan dengan spatula supaya leper.
4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 140C selama 20-25 minit hingga masak.




SELAMAT MENCUBA !!!


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo