Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 13 May 2014

SWISS ROLL KITTY







By ~ ALeen Aireish
sumber ~ citarasawan

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
fresh cream secukupnya - putar gebu
strawberry filling
coklat ganache

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.

3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan asal [nk lebihkan sikit pun boleh bergantung design kita nk buat. Masukkan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang bentuk kitty [atau apa2 aje u all suka nk lukis la, ikut citarasa sendiri]

4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.

5. Tuang baki adunan yg tlh diwarnakan pink ke atas motif kitty. ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.

6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif kitty kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim dan coklat kemudian gulung dengan perlahan-lahan.

7. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo