Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 20 May 2014

CHEEZY CHEESE WEDGES ALA KFC HOMEMADE


Apa tunggu lagi, jom buat di rumah.. tak perlu order online lagi.. bukan tk sudi nk order cuma keluarga di rumah ahlinya ramai terpaksa buat ajer.. beli mcm tak cukup..



CHEEZY CHEESE WEDGES ALA KFC

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ buku resepi

Bahan-bahan
3 -4 sudu makan butter
250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam [kiub xde kita guba serbuk secukup rasa]
6 keping chesse
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
pewarna kuning

cara-cara penyedian : [masak dlm periuk api kecil]
1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna
kacau sebati dan siap !



SELAMAT MENCUBA!!!


Sunday 18 May 2014

NUTELLA PODS


Menjadi kegilaan ramai di facebook.. ramai tercari-cari resipi ni.. tk pasti sejauh mana dgn resipi yg belajar di kelas.. even tak sama rasa mungkin, tp jadilah dpt merasa jugak dr beli harga yg mahal tk cukup utk famili yg ramai ahlinya.. atau jika kebetulan rasa pula sama itu satu credit secara tak sengaja setelah bertungkus lumus carian di google & perkongian teman tak mengahampakan.. tp yg ni pun sedap bangat.. cuba lah!!!! 


NUTELLA PODS

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ The pastry chef

RESIPI A :

Bahan-bahan : DOH COKLAT
115gm unsalted butter [aleen guna buttercup]
100gm gula castor
1 biji telur
1 s/k garam halus [aleen x letak]
1 s/k esen vanila
110gm tpg serbaguna [aleen guna tpg red rose]
35gm tpg beras
50gm coco powder
20gm serbuk badam [aleen tambah sendiri]

Untuk filling :
NUTELLA secukupnya
GANACHE secukupnya [optional]

Cara-cara :
- pukul gula & butter hingga gebu, masukkan telur & esen vanila
- dlm mangkuk lain satukan/ayak semua bahan kering, gaulkan.
- masukkan sikit2 dlm bahan butter dh pukul gebu td hingga habis, simpan dlm peti ais tmpt biasa 30 mimit.
- panaskan oven terlebih dahulu
- bulat2kan masukkan dlm pan muffin, bakar 8-10 minit suhu 180
- keluarkan dr oven tunggu dlm seminit mcm tu, ambil penggelek tpg size kecik,[aleen guna penggelek utk fondant aje] tekan di tgh2 utk jdkan lubang
- dh sejuk pipekan nutella dlm pod tu.. siap

RESIPI B :

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ Kak ida osman

** 2 3/4 cawan tpg gandum [aleen guna red rose]
** 1 st soda bikarbonate
** 1/2 st baking pwder
** 50 gm serbuk walnut
1 cawan butter
1 1/4 cawan gula kastor
1 bj telur
1 st esen vanilla

Untuk filling :
NUTELLA secukupnya
GANACHE secukupnya [optional]

Cara-cara :
- Ayak bhn brtnda **
- Putar butter dn gula hngga gebu. Masukkan telur diikuti esen. Tuang tpg dn kacau rata hnga jd doh.
- Glis muffin pan. Bulat2kn doh dn letak dlm muffin pan. Bakar suhu 180, 8-10 minit
- Stlh kluar dr oven tunggu 1 minit sblm mnekan cookies td utk mmbuat lubang.
**jgn biar cookies sejuk..sbb kukis akan jd retak bila ditekan**
Pipekn nutella kdlm pot bila cookies dh sejuk.







SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday 13 May 2014

AYAM GOLEK PENGANTIN





SET AYAM GOLEK PENGANTIN

By ~ Aleen Aireish 

Bahan utk ayam :
1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam halus
sos tiram
kicap manis ABC
madu lebah/honey

Cara-cara :
- ayam cuci bersih tanpa perlu dipotong, lumurkan dgn semua bahan dinyatakan secukupnya. biarkan sebentar sementara DIDIHKAN AIR KUKUSAN UTK STIM AYAM.
- air dah mendidih blh stim ayam hingga masak
- biarkan ayam sejuk sebentar, panaskan myk secukupnya dlm periuk, goreng ayam dgn api sederhana, pastikan ayam tenggelam dlm myk ketika menggoreng. masak hingga nampk kuning keemasan angkat dan toskan myk.

Bahan-bahan Sos :
2 bj bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 btg serai
10 tangkai cili kering [ tk suka pedas blh kurangkan]
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar

bahan sampingan :
sos cili
sos tiram
garam & gula secukup rasa
bawang goreng

Cara-cara :
- blender semua bahan hingga halus
- panaskan sedikit myk tumis bahan hingga harum naik bau, garing pecah myk..
- masukkan bahan2 sampingan secukupnya & rasa secukup rasa, tutup api, blh siram atas ayam golek yg dh siap goreng td. tabur pula bawang goreng. siap

UNTUK NASI MINYAK/NASI MENTEGA :

Bahan-bahan : [ikut byk mana kita nk masak nasi utk keluarga]
beras
**bawang kecil
**bawang putih
**bunga lawang
**kulit kayu manis
**bunga cengkih
**buah pelaga
**halia
mentega/myk sapi
daun pandan

Cara-cara :
- beras cuci bersih, sukat air secukupnya
- panaskan mentega/myk sapi dlm kuali, goreng bahan bertanda [**] naik wangi, tutup api, terus masukkan dlm periuk berisi beras td dan masak seperti biasa. sblm tu taburkan sdkt serbuk kunyit utk nasi kelihatan kuning emas & daun pandan utk wangi.

Boleh hidangkan nasi bersama ayam golek utk keluarga tersayang

SELAMAT MENCUBA !!!

BAKSO SEBERANG

PERTAMA KALI BUAT TAK TAHU LAH JADI KE TAK hehehee maklum ler bkn org seberang gitu.. dpt mkn memey best





BAKSO SEBERANG

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ google

Bahan-bahan bebola daging/meatballs :
1kg daging cincang halus - seeloknya daging lembu
300gm tepung ubi
4-8 bwg putih
1 biji bwg merah/besar
1 sudu teh lada putih
garam secukupnya lbh kurang 2 sudu
1 cwn air ais
~> nk buat 1/2 sukatan pn blh
cara-cara :
- bwg putih, bwg merah, white pepper, garam, air ais masukkan dlm belnder, haluskan..
- masukkan daging cincang, haluskan masukkan dlm bekas campurkan dgn tpg ubi sebatikan..
- diuli hingga lembut & licin, panaskan air, bulat2kan meatball ikut selera saiz nk besar mana.. bila dh timbul ke atas blh lah angkat dan masukkan ke dlm bekas yg ada air, angkat blh ketepikan..

Bahan-bahan kuah/sup :
air rebusan daging@kiub pati lembu – saya guna rebusan daging lembu (300g daging + 700g tulang ) - tak kisah nk buat berapa kg terpulang..
**4 ulas bawang putih
**2 bj bwg besar
**1 sudu teh lada hitam
**1 sudu teh lada putih
**2 inci halia
**1 inci lengkuas
**2 bj buah keras
yang bertanda (**) blender halus
2 bunjut sup tulang
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar kicap cair - saya gantikan dgn sos tiram
garam & gula secukup rasa
sedikit myk utk menumis

Cara-cara :
- panaskan myk, tumis bahan blender naik bau, tuang stok daging, masukkan sup tulang bunjut, lada sulah, kicp cair, tambah garam & gula secukup rasa, masukkan bebola daging, biarkan mendidih kemudian tutup api.

Bahan-bahan Sambal kicap:
bwg putih - dibakar
cili api pedas
air rebusan daging/stok
kicap lemak manis secukupnya

Cara-cara :
masukkan semua bahan dlm blender kecuali kicap, blender hancur, kemudian dicampur dgn kicap lemak manis.

Bahan-bahan sampingan :
kubis - diracik halus
sawi - direbus
sos cili
bwg goreng
daun bwg & daun sup

SELAMAT MENCUBA !!!

SELAR 3 RASA SEMPOI





SELAR 3 RASA SEMPOI

By ~ Aleen Aireish

2 ekor ikan selar
** bersih dan goreng garing

1 bj tomato size besar [blender hancur]
cili kering blender + bwg besar + bwg putih
2 keping nenas [klo xde yg fresh blh guna nenas dlm tin
bunga kubis
kcg buncis
carrot
baby tomato
serai hiris serong
bawang bulat kuning potong dadu
cili api potong bulat kecil
sos cili
sos tiram
garam & gula secukup rasa
sdkt air
myk utk menumis

Cara-cara :
- panaskan myk dlm kuali, tumis cili blender garing, masukkan tomato puri [blender] biar mendidih sekejap
- masukkan semua bahan, masukkan perasa secukup rasa, tuang atas ikan selar dh siap grg tadi..

SELAMAT MENCUBA!!!

RENDANG DAGING BONDA





RENDANG DAGING BONDA

By ~ ALeen Aireish 
sumber ~ blog hairul

Bahan-bahan :
1 kg daging
1bj kelapa [guna santan kotak aje]
daun limau purut [optional]
daun kunyit
2kpg asam gelugor
2 s/b kerisik
1 s/b kicap lemak manis
garam gula
myk utk menumis

Bahan blender :
10bj cili kering
2 labu bwg besar
1-2 inci halia
1-2 inci lengkuas
4 btg serai
1 s/b ketumbar
1 s/t jintan manis
2 s/t jintan putih

Cara- cara :
- panaskan myk, tumiskan bahan blender hingga garing naik minyak berbau wangi
- masukkan daging, tutup sekejap
- masukkan santan hingga pekat kering naik myk
- masukkan asam gelugor, gula, garam secukup rasa
- masukkan kicap utk rsa lemak2 & rendang kelihatan gelap sedikit
- masukkan kerisik, daun kunyit, kacau sekejap sedia utk dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA !!!

ROTIBOY MEXICAN / ROTI KOPI




ROTIBOY MEXICAN / ROTI KOPI

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ citarasawan

Bahan-bahan utk doh :
500gm tepung high protein [aleen guna tpg gandum]
95gm gula kaster
1 tsp garam halus
14gm yis segera [aleen guna 1pkt yis 11gm]
50gm majerin/mentega
45gm shorteing/minyak sayur
2 tsp susu pekat manis
1 biji telur gred A
210gm air
1 tsp bread improver [aleen tambah sendiri]

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3. Rehatkan selama 20 minit.
[STEP SETERUSNYA REFER CARA2 PALING BAWAH SEKALI..]

Bahan-bahan utk Topping :
200gm mentega
160gm gula ising
3 biji telur di pukul ringan
2 tbsp serbuk kopi segera di larut dengan 1 tbsp air
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur dan pes kopi, pukul rata. 2.Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk dulu, tp jgn lupa keluarkan awal bg suhu bilik sblm nk pipe atas bun nanti ok.

Bahan-bahan utk Filling/Inti :
Mentega beku di potong kiub
Gula perang secukupnya
(Gaul kiub mentega dengan gula perang baru dimasukkan ke dalam bun)
---------------------------------------
Cara-cara terakhir seblm bakar :
1. Timbang doh seberat 50gm atau 60gm, canai dan bentukkan bulat kemudian masukkan kiub mentega yang di gaul dengan gula perang di tengahnya. Bulatkan kembali doh dan biarkan hingga mengembang 2 kali ganda.
2. pipekan topping ke atas bun bermula dari tengah bun, berbentuk spiral. Buat hingga habis.
3. Bakar di rak tengah pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga keperangan.





SELAMAT MENCUBA!!!

ROTI SARANG LEBAH PEANUT BUTTERSCOTCH




ROTI SARANG LEBAH PEANUT BUTTERSCOTCH

By ~ Aleen Aireish
sumber utk roti ~ harum mawar

500gm bread flour
8gm mauripan
60gm castor sugar
100ml full cream milk
100ml air sejuk peti ais
100gm kiub ais
80ml myk jagung [guna myk masak pn blh]
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar yougurt plain nestle
garam halus [agak2 aje]

Bahan-bahan sampingan :
Almond flakes [kita guna yg flakes yg kecil2 ajer]
bijan hitam & putih
biji kuaci

cara-cara :
- masukkan semua bahan kering, gaul2 kan..
- masukkan bahan2 lain KECUALI myk
- uli doh, x kisah guna BM ke.. guna mesin adunan biasa ke.. atau tangan..
- dah sebati masukkan myk sikit2, uli lg hingga doh licin tk melekat.. lg lama uli lg bagus.. roti cun
- rehatkan.. naik sekali ganda dr yg asal, tumbuk2 buang angin, lps tu bulat2 kecil susun dlm loyang smpai penuh.. biarkan doh naik lg bum2 .. sambil bulat2 tu panaskan oven 180 darjah, pastikan betul2 panas
- sapukan/spray on top roti dgn susu full cream.. taburkan badam, bijan.. sedia utk dibakar hingga masak

UNTUK PEANUT CREAMY BUTTERSCOTCH
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ blog intai dapur

1 cwn brown sugar [ tak suka manis less kan sukatan]
1 cwn whipping cream [susu cair pun blh]
50gm butter
2 sudu besar peanut butter
secubit garam

cara-cara :
- cairkan butter dlm periuk kecil
- masukkan brown sugar, kacau hingga gula cair/larut sepenuhnya & berbuih
- tuangkan whipping cream perlahan sambil mengacau
- masukkan peanut butter, kacau licin
- semua dh sebati tutup api, biarkan sejuk sedikit tuang atas roti tadi..
- boleh dihidangkan..

** Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
** JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
** Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2

SELAMAT MENCUBA !!!




LEMPENG PISANG




LEMPENG PISANG BERKEJU

By ~ Aleen Aireish

Bahan-bahan :
4 biji pisang montel
1 cawan tpg gandum
1/2 cawan susu cair atau fresh milk
2 sudu besar gula pasir [x nk manis blh less kan]
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit daun bwg & sup

optional ~> keju parut atau cheddar cheese kraft

cara-cara :
- lecek pisang hancur
- masukkan semua bahan kecuali keju, kacau sebati
- panaskan non-stick pan dgn sdkt myk atau lenserkan ajer.. lps tu sendukkan dlm kuali, leper2kan, masak hingga masak
- dh masak terus letakkan keju on top lempeng sbb masih panas lg kan.. keju akan mencair
- ulang step buat sampi habis

SELAMAT MENCUBA!!!

KUIH SERI AYU





KUIH SERI AYU

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ google

Dapat lbh kurang 40biji

Bahan-bahan A :

4 biji telur
2 cawan gula kastor
1 tsp ovalette
** pukul kembang putih gebu-mixer

Bahan-bahan B :
4 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
**blh juga guna tepung naik sendiri
**bahan kering diayak sekali

Bahan C - cecair :
2 cawan fresh milk
** blh juga guna santan & susu cair

[AMBIL BAHAN B & C, MASUKKAN KE DALAM BAHAN A, SELANG SELIKAN, 1st MASUKKAN TEPUNG, KAUP BALIK, 2nd FRESH MILK KAUP BALIK, ULANG SAMPAI BAHAN2 HABIS.]

Untuk Perasa & Warna :
paste pandan - perwarna hijau
paste keladi - perwarna ungu
serbuk coklat
[jika inginkan rasa pandan semua, paling elok guna daun pandan yg diramas bersama dgn santan, terasa ori nya]

Untuk kelapa :
kelapa putih secukupnya
tepung ubi
garam halus
** campurkan sekali gaul mesra, tpg ubi & garam tu agak2 ajer..

sediakan ACUAN utk kuih seri ayu

Cara-cara :
- panaskan air kukusan
- sapukan acuan dgn myk
- isikan kelapa dlm acuan tekan2 kan supaya mampat
- adunan yg dh siap pukul kembang dibahagikan kpd bbrapa bahagian, masukkan paste rasa & warna, tuang dlm acuan
- kukus lbh kurang 7 minit, dah masak blh lah hidangkan..

SELAMAT MENCUBA!!!

ANEKA BUN / ROTI





ANEKA BUN/ROTI

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ blog intai dapur

[NAK BUAT BANYAK GANDAKAN SUKATAN]
Bahan-bahan Doh :

2 cawan tpg gandum
1/2 sudu teh mauripan
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt [suhu bilik]
1/4 cawan minyak sunflower [myk masak aje]
1/2 cawan air suam + -
garam agak2 ajer

Bahan-bahan sampingan :
sosej
mix vegetable
cheese
mayonis
cli sos
**blh ikut selera kita nak letak apa pun..

Cara-cara :
- larut mauripan dgn gula dlm air suam biarkan berbuih
- dlm mangkuk adunan campurkan garam, tpg gandum, baking powder kacau sebati
- masukkan campur mauripan td & yogurt kd dlm mangkuk adunan kacau sedikit dgn sudu/senduk agar kurang sdkt tahap melekat di tgn..
- uli dgn tgn & masukkan myk sedikit demi sedikit dn terus lah membelasah doh hingga licin x lekat di tgn, guna penumbuk lg bagus hingga doh elastik, lg lama uli lg bagus roti naik sgt gebu, jika BM lg senang satu kemudhan, [KITA GUNA MESIN ADUNAN MIXER AJER]
- bila dh puas hati biarkan doh naik mengembang 2 kali ganda dr yg asal
- tumbuk2 bg keluar angin, lps tu blh lah mula buat bun ikut bentuk & citarasa kita sendiri .. buat sampai habis
- sementara nk siapkan bentuk-membentuk panaskan oven 180 darjah, pastikan betul2 panas
- sapu loyang dgn sdkt mentega, susun bun dlm loyang biarkan bun naik 2 kali ganda sekali lg, baru bakar 10-15 minit, 10 minit pertama api bawah, 5 minit terakhir api atas bawah, bergantung pd oven masing2 ok
- keluar dr oven sapukan atas bun dgn sdkt mentega agar nampak berkilat,

NOTE:-
** Pastikan oven benar2 panas supaya bun/roti lembut bak cotton.
** JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
** Kalau tak abis makan tu simpan bun/roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2



SPIRAL SAUSAGE BUN
ada yg bertanya mcm mana nk buat bun bentuk mcm ni.. maaf aleen tk ambil pic step by step.. so kita sharing pic 1 & 2 dr blog mat gebu, pic ke 3 dr blog sinar kehidupan dan pic yg ke 4 dari Aleen sendiri .. 



SELAMAT MENCUBA!!!


SWISS ROLL KITTY







By ~ ALeen Aireish
sumber ~ citarasawan

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
fresh cream secukupnya - putar gebu
strawberry filling
coklat ganache

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.

3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan asal [nk lebihkan sikit pun boleh bergantung design kita nk buat. Masukkan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang bentuk kitty [atau apa2 aje u all suka nk lukis la, ikut citarasa sendiri]

4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.

5. Tuang baki adunan yg tlh diwarnakan pink ke atas motif kitty. ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.

6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif kitty kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim dan coklat kemudian gulung dengan perlahan-lahan.

7. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

SELAMAT MENCUBA !!!

APAM PISANG GEBU


ADA LEBIHAN PISANG JANGAN BUANG.. JOM BUAT APAM  mudah sangat kacau2 lenyek2 ajer..





APAM PISANG GEBU

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ blog sinar kehidupanku

Bahan-bahan.

4 biji pisang montel(kalau pisang emas/kecil guna 8 biji)
4 biji telur
200 ml minyak masak
1/2 cwn gula pasir [blh campur dgn brown sugar]
2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 s/k esen pisang [optional]
2 sudu makan coklat rice [aleen tambah sendiri]
sedikit garam.

Cara-cara.

1. Lenyek pisang bersama garam dan gula.
2. Setelah itu masukkan pula telur yg dipukul sedikit.
3. Masukkan pula tepung yg di ayak bersama b.powder dan soda bikarbonat
4. Masukkan pula minyak sedikit-sedikit dan gaul sebati.
5. Sementara itu, panaskan pengukus dan balut kain penutupnya.
6. Sapu acuan kecil2 dngn sedikit minyak di sekelilingnya.
7. Masukkan 3/4 adunan tadi dan kukus selama 15 minit.
8. Kalau guna loyang besar,kukus selama 40 minit.

SELAMAT MENCUBA !!!
 

PUNTEN

MAKANAN NOSTALGIA ORG JAWA FOFULAR BELAH SABAK BERNAM KATA MAKCU KITA .. KITA TRY PAGI NI BUAT SARAP.. satu kelainan, sedap.. 



PUNTEN

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ makcu teman

Bahan-bahan :
IKUT CITARASA & CARA KITA MASAK NASI LEMAK VERSI MASING2 CUMA LEBIHKAN AIR+SANTAN MASA MASAK NASI AGAR LEMBIK SEDIKIT.

Cara-cara :
- Bila nasi bersantan td dh kering tuang dlm dulang atau bekas yg sesuai, kemudian tekan2 kan sprt membuat nasi impit dulu2.. Mula2 memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok... tekan2 sampai rata dan padat. Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan..

Bahan utk Sambal :
IKUT VERSI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS MASING2

Bahan-bahan sampingan :
PEKASAM GORENG TEPUNG
TELUR REBUS
TIMUN
KCG TANAH GORENG

** atau apa2 yg anda rasa selesa & selera nk mkn bersama punten. Mudah kan!!!

SELAMAT MENCUBA!!!


hv fun with my cute photo