Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 28 April 2014

KUIH KEMBOJA


TERSANGAT SEDAP KUIH2 SEBEGINI
DUA HARI TURU-TURUT KITA BUAT ..


KUIH KEMBOJA
boleh dpt 6 kuntum kuih kemboja

By ~ Aleen Aireish
sumber ~ google tp edit sedkt dr resipi asal

Bahan-bahan :

utk blender :
3 cawan tpg gandum
2 cawan gula pasir
2 sudu besar planta
2 cawan air pandan [10 helai daun pandan diblender ambil jus nya]
2 cawan susu cair atau santan
3 biji telur
**Blender halus kemudian tapiskan

perwarna hijau
bijan putih
acuan kuih kemboja - acuan tak ada boleh guna loyang utk bakar

Cara-cara :
- acuan tu disapukan dgn sdkt myk trlebih dahulu..
- kemudian, tuangkan adunan siap blender , jgn tuang sampai penuh agak2 hampir nk penuh acuan ajer.. taburkan bijan.
- bakar dlm 40 minit atau hingga masak, suhu 180, bg yg suka kerak & nk garing lg blh tmbahkan sdkt masa lg..

SELAMAT MENCUBA!!!
 


KFC CHEESE BALL HOMEMADE


TERUS TERANG CAKAP, LEBIH SEDAP DARI KFC
PERNAH MAKAN KAT KFC, BUT I'M SORRY ..


KFC CHEESE BALL

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ kak chaq

Bahan-bahan :

350 gm ubi kentang
**dilecek - (yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
250 gm keju cheddar(kraft) bentuk bar..dipotong dadu
~> aleen guna cheedar cheese ajer

utk salut bebola cheese :
telur
serbuk roti warna oren secukupnye

Cara-cara :
- potong dadu keju (ketepikan)..
- jika guna cheedar cheese sekeping2 mcm aleen, aleen potong 3 bahagian, lps tu 3 bahagian tu potong lg 3. atau blh ikut citarasa sendiri nk potong besar mana ikut size bebola kita nk buat..
- tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati, jika kering masukkan air sikit2 masa bancuh, klo tak, kentang rebus tu pn dh ok sebab sprt berair lps rebus..
- kemudian ambil adunan sebesar guli leperkan masukkan keju dn bulatkan
- pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit, golek2kan bebola dlm telur lps tu salut dgn serbuk roti. ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.

SELAMAT MENCUBA !!!


KEK COKLAT MOIST SENANG SANGAT


TERUJA BUAT KEK NI SEBAB SENANG SANGAT..
ANDA BILA LAGI CUBA LAH..




KEK COKLAT MOIST SENANG SANGAT

By ~ ALeen Aireish

Bahan-bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
**ayak semua sekali bahan2 kering ni, ketepikan

Bahan-bahan B :
1 cawan gula pasir
4 biji telur
**blender sampai berbuih, ketepikan

Bahan selebihnya :
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak mazola / daisy
1 cawan air panas

Cara-cara :
- tuangkan susu pekat manis ke dlm bahagian A, gaul sekata
- lps tu tuang pula bahan yg diblender, gaul lg guna senduk ajer
- masukkan myk masak daisy gaul sekata licin
- last sekali, masukkan air panas sikit2 sambil kacau sebati..
- dh siap masukkan dlm loyang dan kukus selama 60 minit. aleen guna loyang 6x3, nk guna 8 atau 9 inci pn blh

OPTIONAL : Jika tk nak guna loyang pun takpe.. guna container multipurpose plastik pun boleh. tak perlu sapu mentega pd bekas tu..

Untuk GANACHE :
300g coklat masakkan [aleen guna dark coklat]
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega [aleen guna golden syrup]
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)

cara-cara :
- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi

SELAMAT MENCUBA!!!
 

SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT


SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT
TERINGAT ZAMAN DI KAMPUNG, SYIOK NYA..


SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT

By ~ Aleen Aireish 

Bahan-bahan : [sukatan sendiri byk mana nk buat]
terung pipit
** rebus terung pipit utk kurangkan rasa pahit melampau, rebus agak terung lembut sedikit.

Bahan Blender :
bawang besar
bawang putih
cili api/pedas secukupnya
ikan bilis secukupnya
** blender bersama dgn sdkt air agak hancur

bawang besar [potong bulat] optional
sos tiram
air asam jawa
garam & gula secukupnya

Cara-cara :
- panaskan kuali dgn myk secukupnya, tumis bahan blender hingga pecah myk.
- masukkan terung pipit tadi bersama bwg dipotong bulat gaul sekata. [Aleen tak letak bwg potong bulat]
- masukkan air asam jawa, sos tiram, garam & gula secukup rasa. gaul2 seketika
- dh masak angkat & hidangkan ..

SELAMAT MENCUBA!!!


ROTI GORENG BERINTI


ROTI GORENG BERINTI
ANAK-ANAK SUKA SANGAT


ROTI GORENG BERINTI

By ~ Aleen Aireish 

Bahan-bahan inti :
3 bj potato size besar
**buang kulit, bersihkan potong dadu kecil2

3 bj telur
**cuci telur, pecahkan dlm kuali masak hancur, angkat ketepikan dulu

1 labu bawang besar kuning - ptg dadu kecil
sedikit daun bwg & daun sup - diracik halus
1 sudu besar cili blender - nk pedas lbhkan..
2 sudu besar serbuk kari daging babas
1 sudu besar ikan bilis - ditumbuk hancur
garam & gula secukup rasa

cara-cara:
- panaskan kuali dgn sdkt myk, masukkan potato, bwg besar & cili blender serta ikan bilis tumbuk, kacau rata, masak hingga kentang agak lembut
- masukkan sdkt air & serbuk kari, kacau rata
- kemudian masukkan daun sup daun bwg serta telur hancur, kemudian garam & gula, rasa secukup rasa. Dah masak tutup api biarkan inti tu sejuk dulu..

1 Bundle besar roti gardenia
penggelek atau gelas bersih
gunting bersih
** gelekkan roti sekeping2, gunting bahagian tepi yg keras tu, letakkan inti tp pastikan semasa nk tekan2 dgn jari dibahagian tepi tu kedudukan/posisi roti tu 3 segi.. siap

Bread crumbs warna oren secukupnya
telur secukupnya
** roti yg dh siap td, basahkan dgn telur yg dh dikocok terlebih dahulu, lps tu guling2kan dlm bread crumbs, siap sedia utk dogoreng. klo nk buat stok frozenkan ajer.. masukkan dlm beks bertutup atau packing dlm palstik lps tu sealkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

SAMOSA HOMEMADE


SAMOSA HOMEMADE


SAMOSA DENGAN INTI YANG SEDAP

By ~ Aleen Aireish
sumber utk inti ~> home sweet home blogspot

Bahan-bahan: untuk inti

450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
1 cawan kacang peas
2 camb minyak untuk menumis
1/2 camt jintan putih
1 helai bay leaf - crushed [daun salam]
2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
4 ulas bawang putih - crushed
1 camb chopped/minced ginger - ditumbuk sehingga halus
1/2 camt serbuk lada hitam
1 1/2 camt garam atau secukup rasa
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk cili
1/2 camt serbuk kulit kayu manis
1/2 camt serbuk buah pelaga
2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
2 camb lada hijau yang telah dicincang halus

Bahan utk kulit samosa :
kulit popia secukupnya
gam [tpg gandum + air]

Cara-cara:
jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
biarkan sehingga mendidih
kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas
rebus sehingga kedua2nya lembut
setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
panaskan minyak di dalam kuali
tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
gaulkan semua bahan sehingga sebati
masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
gaulkan rata
akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
biarkan sejuk

PROSES UTK BALUT SAMOSA :
semasa tarik kulit popia pastikan ditarik 2 helai, gunting, jd dpt 2 bahagian. nk senang lg sehelai kulit popia dilipat 2. lps tu dibentuk sprt kon dn sapu sdkt gam [tpg gandum yg dh dibancuh dgn air dijdkan sbg gam] di lipatan akhir sapu gam supaya kon tk blh terbuka. masukkan inti, kemudian lipat part yg last sapu gam pastikan ditutup rapat & kemas supaya inti tk terkeluar semasa menggoreng nnt. ulang step sampai inti habis..

SELAMAT MENCUBA!!!
 

TAUHU TELUR GORENG


TAUHU TELUR GORENG
FAMOUS DI LAMAN FACEBOOK, SEMUA RAKAN-RAKAN MENCUBA ..




TAUHU TELUR GORENG

By ~ Aleen Aireish 
sumber ~ rakan-rakan pesbuk yg baik hati 

Bahan- bahan blender :
4 keping tahu 4 segi size besar
2 pack tauhu telur/jepun
2 sudu besar bawang goreng
2 biji telur
** blender hingga halus ke semua bahan2.

Bahan tumbuk :
3-4 sudu besar ikan bilis
4 sudu besar kcg tanah goreng - optional aleen add sendiri rasa lg sedap

NOTE : nak guna isi udang, isi ayam blh ajer. aleen guna ikan bilis sorang hero aleen ni alergik udg. so ikut citarasa kita lah yer..

Bahan cincang/hiris halus :
1 bj cabai merah besar
1 bj cabai hijau besar
1/2 btg carrot - aleen x letak

secukup rasa brand maggi - sesuaikan rasa
lada sulah secukupnya
bread crumbs - optional jika suka
2 bj telur - utk salut tauhu sblm goreng

cara-cara :
- panaskan kukusan, masukkan bhn siap blender td dlm bekas yg selesa, masukkan bahan2 tumbuk, bahan2 cincang & perasa secukup rasa brand maggi, gaul mesra. siap, blh masukkan dlm loyang, kukus lbh kurang 30 minit. biarkan sejuk dulu baru potong kiub & blh lah goreng.

SELAMAT MENCUBA!!!



hv fun with my cute photo