Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 1 October 2013

KUIH TAKO

KUIH TAKO


By ~ ALeen Aireish
Sumber STORY OF MAMA.BLOGSPOT.COM.

Bahan-bahan:-

Lapisan bawah (hijau)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
2 cawan air pandan [daun pndan diblender ambil jus]
2 cawan air paip
titiskan pewarna hijau

Lapisan atas (putih)
1 cawan tepung jagung
1 kotak santan pekat kecil
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara2:-
LAPISAN BAWAH.
Campurkan semua bhn utk lapisan bawah.
Kacau atas api hingga masak & berkilat.
Tuang dlm acuan kotak daun pandan (1/2 sahaja)
Sejukkan dan biar beku sekejap.

LAPISAN ATAS.
Campur semua bhn & kacau atas api sampai pekat dan masak.
Kacau selalu supaya tidak bergentel.
Tuang atas lapisan bawah tadi sehingga menutupi kotak pandan.
Sejukkan & simpan dlm peti sejuk.

CARA-CARA NAK BUAT KOTAK/BEKAS KUIH TAKO DARI DAUN PANDAN 
KLIK SINI ~>>> KAK AZLITA MASAM MANIS
-------------------------------------
VERSI GUNA TEPUNG HOEN KWE
SUMBER ~ KAK AZLITA AZIZ
KUIH TAKO

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo