Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 1 October 2013

KEK SOYA RED BEAN

KEK SOYA RED BEAN


By ~ ALeen Aireish
sumber ~ wendy kor

Bahan bahan
A
60gm air soya [aleen guna yg dlm kotak tu]
40gm myk masak
100gm self raising flour
1 bj putih telur
50gm kacang merah [aleen guna dlm tin]
**kcg merah lenyekkan jd halus dahulu
B
5 bj putih telur
80gm gula kastor

C [aleen add sendiri]
badam
biji kuaci

Cara membuat
Panaskan ketuhar pada suhu 180̊C.
Masak air soya dan minyak sehingga suhu 80̊C . Keluar dari api, masukkan tepung dan 1 biji putih telur dan kcg merah gaul sehingga sebati. ketepikan..
Pukul 5 biji telur putih dari bahan B , pukul sehingga adunan putih telur menjadi meringue kembang lembut; campur meringue putih ke dalam adunan tepung dan gaul sebati.
Masuk ke dalam loyang kek 8 inci yg dialas dgn baking paper kemudian tabur atas adunan kek dgn bahan C dan bakar cara steam bath pada suhu 170̊C selama 30 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo