Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 1 October 2013

ACAR RAMPAI

ACAR RAMPAI
salah satu hidangan semasa kenduri kahwin


ACAR RAMPAI
By ~ Aleen Aireish
sumber ~ resepi mudah

Bahan-bahan :
1 batang timun - potong memanjang
1 batang lobak merah - potong memanjang
2 ulas bawang putih - belah 4
1/2 bawang besar - dimayang
3 sudu besar cuka
garam dan gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil biji sawi


Cara Menyediakan Acar Rampai :

Lobak dan timun yang dipotong memanjang direndam dalam air garam.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit dan cili giling. Tumis sampai wangi.
Kemudian,masukkan air. Biar sampai mendidih.
Masukkan timun,lobak merah,cuka,gula dan garam,bawang besar,biji sawi.
Masak sehingga mendidih,pastikan jangan terlalu lama…dalam 3 minit je..
Siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo