Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 15 March 2013

STEAM BUTTER CREAM

ASSALAMUALAIKUM ..
entry ke dua Aleen utk bulan March .. berkongsi tips bagaimana hasilkan steam butter cream. Aleen rasa mungkin kawan-kawan di luar sana dah pandai dan mahir dengan steam butter cream ni kan!!! Aleen baru nak berjinak-jinak .. harap dipermudahkan apa yg Aleen nak cuba buat..

Tengok macam mudah.. cantik pula tu krim nya bila disiram .. nampak rata, licin gitu ..


gambar dari mr google
 
CARA BUAT STEAM BUTTER CREAM DAN TIPS
- putar BC 5-7 minit hingga kembang & sebati

- tambahkan perwarna jika suka

- pastikan semua bucu/penjuru kek dibulatkan ini adalah utk memudahkan krim tu mengalir dgn licin

- sapukan sedikit BC ke atas kek sebagai base supaya lebihan serbuk kek tdk bercampur dgn BC semasa proses menuang steamm BC nnt.

- letakkan kek atas redai dan alaskan dasar redai supaya BC mengalir ke bawah dan terkumpul dlm loyang/talam

- letak kek betul2 di tgh redai dn letakkan betul2  berhampiran dgn dapur utk memudahkan kita tuang BC dgn kadar segera

PART MEMANASKAN BC
- masukkan 2 cwn air dlm kuali jangan banyak sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja.

- Masukkan BC tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan BC mencair.

-  Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali.

- Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.

- Pastikan anda sentiasa mengacau BC. Gunakan spatula untuk mengacau.

-  BC akan mula mencair, angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.

- Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan mencair

* api jangan tutup ye.. bukak api yg paling kecil aje..

- Bila kita angkat spatula tu.. dia mengalir laju dan tak putus. Tapi adunan masih likat, licin dan berkilat.

- Segera lapkan bawah bekas yang basah dengan kain. Ini bertujuan apabila kita tuangkan pada kek, air peluh daripada bekas tidak menitik pada kek.

-  Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.

- Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan BC segera mengalir ke bawah.
Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.

- Biarkan adunan rata sendiri jangan pula di ratakan dengan spatula. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti.

- Masukkan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras.
Alihkan atas lapik kek dan bolehlah di hiaskan mengikut kreativiti.

- Lebihan BC yg disiram atas kek td jgn dibuang, blh jadikan hiasan utk kek.

SUMBER GAMBAR : BAKING PROJECT. COM ~ KLIK SINI YER
SUMBER INFO : KAK AZLITA AZIZ & BAKING PROJECT. COM ~  KLIK SINI YER
----------------------------------
RESIPI BC
By : Shuhairi Shuhaini
sumber : kak azlita aziz

500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak

Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minit
Boleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo