Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 27 March 2013

NASI AYAM SIMPLE SINGAPURA

NASI AYAM.. NASI AYAM.. NASI AYAM ..
orang malaysia ni boleh katakan semua suka makan nasi ayam.. tak kira yg dewasa mahu pun kanak2.. sukanya nasi ayam .. lain orang lain masak nya.. lain lah versi dan resipi nya kan... tp bila tengok sama saje ..

Aleen biasa juga masak nasi ayam ni tapi cuti hari tu terlanjur nak sediakan bahan-bahan apa salahnya mencuba nasi ayam dari negara lain kan .. Nasi Ayam Singapura jadi pilihan .. tak susah-susah kita nk pergi ke sana makan ... di rumah sendiri pun boleh makan .. siap boleh menambah lagi tanpa sebarang bayaran hehehe ..

jom kita tengok resipi ..


BY ~ ALEEN AIREISH
sumber ~ mikahaziq

RESIPI UTK NASI :
350 gm beras basmathi (direndam selama 30 minit - 1 jam terlebih dahulu) aleen guna beras biasa aje
1 kiub ayam knorr
1 bungkus sup bunjut [aleen tambah sendiri]
1 helai daun pandan [aleen letak sendiri]
sedikit serbuk kunyit [aleen tambah sendiri nak nasi warna kuning]

 BAHAN UTK DITUMIS :
1 labu bawang sederhana saiz - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - nipis dicincang
1 btg serai - diketuk
3 inci halia muda
1 sudu besar mentega [aleen tambah sendiri]
air yang mencukupi [aleen guna stok ayam]

cara2 nye ikut cara aleen yg simple aje :
- beras dh siap ready dlm rice cooker,masukkan kiub ayam, sup bunjut dan daun pandan.
- panaskan mentega dlm kuali, tumiskan semua bahan hingga naik bau terus curahkan dlm rice cooker ada beras td.
- masukkan stok ayam yg mencukupi [agak2 sendiri air beras tu yer..]




 ~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

RESIPI UTK AYAM :
Perapan ayam
4 ulas bawang putih
5 inci halia [perah ambil air halia aje]
1/2 sdt serbuk jintan putih
1/2 sdt serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
kicap manis secukupnya
sos tiram secukupnya

Cara2nya :
- rebus ayam hingga masak pun xpe. [air rebusan ni lah yg masukkan dlm nasi td, so jgn buang yer..]
- angkat ayam, perapkan dgn semua bahan di atas
- Tutup dan perap selama sekurang-kurangnya 30 minit dan goreng atau bakar pun blh. tak perlu masak lama agak2 tukar warna ayam tu angkat, sbb masa rebus td ayam dh masak.






UTK SALAD :
timun
salad
tomato

SUP :
kaki ayam
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
lada hitam
bawang putih
bawang merah
halia
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam knorr
1 sudu sos tiram

Cara-cara :
- basuh bersih rebus kaki ayam hingga empuk
- masukkan semua bahan kecuali garam, reneh hingga masak
- masukkan garam secukup  rasa, sos tiram kacau sebentar. siap

BAHAN BAHAN UTK SOS CILI
Cili merah (6 biji)
Air rebusan ayam (1/2 cawan)
Bawang putih (3 ulas)
Halia (1 inci)
Minyak bijan (1 sudu kecil)
Cuka (1 sudu kecil)
sos cili (1/2 senduk)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

cara2nya :
Kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam, dan air rebusan ayam hingga hancur.masakkan atas api hingga pekat sdkt.

BAHAN BAHAN UTK KICAP :
sumber ~  MaDiHaA

Campurkan kicap manis & kicap cair secukupnya. Campurkan dengan sesenduk sup & masak sebentar hingga mendidih.

SELAMAT MENCUBA ..


2 comments:

hv fun with my cute photo