Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 14 March 2013

MENGENAL NON DAIRY WHIPPING CREAM

Assalamualaikum .. walaupun dalam mood sedih semenjak dua menjak ni.. hati teringin sangat nak berkongsi tips2 dengan kawan semua .. bukan apa, rasa simpati kpd kawan2 yg bertanya inginkan info .. tapi, kawan2 juga jgn lupa.. boleh buat pencarian sendiri tentang baking, bahan2, tools dan sebagai nya .. kena lah rajin sikit .. lg satu kena rajin membaca artikel berkaitan dengan masakan .. ini pun hasil pencarian di mr google dan dari majalah2 yang dibaca .. boleh lah kongsi sedikit sebanyak apa yg kita perlu tahu


gambar dari mr google

MENGENAL "NON DAIRY WHIPPING CREAM" INGAT YER MACAM MANA RUPA NYA .. SESUAI UNTUK TOPPING KEK.

TIPS PENTING :-

Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalam peti ais) ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim. 

- 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). 

- Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.

- Perlahan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. 

- Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja.

cara untuk menyimpan lebihan krim :

- Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

- Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan.

SUMBER : KAK AZLITA AZIZ
KLIK LINK NI UTK RUJUKAN ~ KLIK SAYA


No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo