Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 27 February 2013

TIPS MEMBUAT KEK

Sekadar berkongsi info  .. Hasil dari perkongsian baking class bersama chef2 .. hasil carian di internet dari blogger2 yg berpengalaman dan juga kawan-kawan ..

1- Baca resipi dan faham apa bahan2 yg dikehendaki [tak kira resipi apa pun.. penting baca dahulu]
2- pastiskan semua alatan sprt sukatan, penimbang etc disediakan ..
3- Bahan2 kering sprt tepung, /bp, soda diayak bersama supaya bahan2 tu sekata kek akan lbh gebu & ringan
4- Penting > ikut peraturan resipi, jgn suka2 ubah jika tk pro..hehee nnt x jadi salahkan org yg kasi resipi tu .. teknik2 sprt kaup balik, pusing satu arah, jgn terlalu gaul adunan cukup sebati aje mesti igt tau .. klo tak kek kompom x baper nk jd .. tk gebu mampat
5- loyang yg sesuai, klo perlu guna lah baking paper mudah kek dikeluarkan dr loyang
6- kena pandai bermain dgn suhu oven .. apa2 pun kenal dulu oven masing2 jgn sedakar berkenalan yer.. (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.
7- Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di lidi bermakna kek masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak. 
8- kek dah masak keluarkan dr oven tunggu sejuk keluarkan dr loyang
9- jika kek kukus, panaskan air terlebih dahulu, balut penutup kukus dgn kain bersih utk elakkan air kukusan jatuh atas permukaan kek, nnt kek kedut mcm kulit org tua .. jgn dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
10- Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

KEK BAKAR


 



KEK KUKUS




~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
KEK SPONGE



- JANGAN dilenserkan tin/loyang dgn mentega
- dh masak x blh biarkan dlm oven, kek ni sisip di tepi terus terbalikkan atas redai keluarkan dari loyang.. Jika tidak kek tu akan turun, mengecut.. suhu oven juga kena jaga terover panas pun x blh kek turun serta merta...

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
KEK CHIFFON


[pic kepunyaan mr google]

- JANGAN lenserkan tin/loyang dengan mentega
- keluarkan kek dari oven apabila dh masak dan terbalikkan atas redai, biarkan kek betul2 sejuk baru alihkan dari loyang
- kek chiffon hendaklah terus dibakar sebaik shj selesai dibuat krn jika dibiarkan di luar ketuhar 5 minit pun kek akan turun selepas dibakar

HARAP DAPAT MEMBANTU ..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo