Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 16 February 2013

SAMBAL LONTE

Hasil dari belek belek buku resipi yang ada kat rumah ni.. jumpa lah sambal lonte ni.. pelik juga nama nye yer.. tgk gambar dalam buku masakan ni menyelerakan.. sesuatu yang baru .. hati menggeletik nk cuba.. apa lah rasanya ???

jangan ditanya kenapa nama nyer LONTE yer.. aleen takde jawapan .. dalam buku masakan ni tak tulis pula dari mana asal datang nya sambal ni.. hanya tuan yang asal empunya resipi aje yang tahu sejarah nya ..

takpe takpe yang penting cuba dulu.. dah cuba baru tahu sedap ke atau ada rasa lain yang lebih enak .. sama juga seperti masakan yang lain.. famili aleen merasa sesuatu yg baru.. makan aje semua sedap .. kalau dah sedap tu esok esok boleh buat lagi kan !!!

Resipi nya ..


By ~ Aleen Aireish
sumber ~ chef hanieliza

edit by Aleen

Bahan-bahan :
3 biji cili merah [buang biji]
3 biji cili hijau [buang biji]
5 biji cili api
3 biji bawang merah [aleen tak letak]
1 sudu makan belacan siap bakar
3 biji limau kasturi [belah 2 perah jus]
1 sudu makan minyak masak utk menggoreng cili dan bawang
garam secukup rasa
gula secukup rasa [aleen sendiri letak]

Cara-cara :
- bersihkan cili, buang biji
- panaskan minyak dan goreng semua cili tu
- masukkan semua bahan2 tu dalam lesung batu tumbuk hingga lumat
- perahkan jus limau kasturi, gaul mesra
- sedia dihidangkan ..


cili sebelum digoreng


cili sudah digoreng layu


masukkan semua dalam lesung batu


limau kasturi perah ambil jus


siap.. boleh lah kita menyambal dgn ulam ulaman ..



No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo