Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 26 December 2012

KEROPOK TWISTIES KEJU LAKSA KERING

Seharian yg tersangat sibuk aleen ni... sibuk dgn tempahan CREPE sebenarnya.. Tp tak kisah lah itu semua rezeki dari Allah kan !!.. Alhamdulillah .. aminnnn

Tapi sebenarnya bukan nak citer pasal Crepe.. aleen nak sharing pengalaman buat Keropok Twisties dari laksa kering ni.. Sesibuk mana pun, dlm hati duk kata-kata.. "buat la..buat la.. keropok laksa ni mudah jew.." sbb ikut kata hati la aleen buat jugak keropok sepecial ni.. mmg tak sampai 20 minit la, buat dari A sampai Z..setel, dari proses goreng hingga lah terhidang depan mata ..

Dalam beberapa hari ni duk layan pesbuk ternampak kwn2 sharing resipi dan gambar mcmne twisties look like ... glamour plak keropok laksa kering ni.. sana sini org share.. tu sebab mencuba juga.. bahan2 pulak mudah.. senang nak cari ..

Aleen hasilkan keropok ni idea sendiri.. olahan sendiri.. aleen tak follow  resipi asal.. sumber inspirasi nye dari kawan2 pesbuk yg share tu .. Sorry yer aleen ubah2 sikit bahan nyer, bukan apa.. tak nak bazir apa yg sedia ada dlm gerobok dapur tu.. jom tengok apa resipi aleen nie ...


By ~ Aleen Aireish
Sumber ~ kawan2 Facebook

Bahan-bahan :

1 paket laksa kering [aleen guna 2 keping dulu..]
** patah2kan, lepas tu goreng mcm goreng keropok ikan tu..

Bahan Utk Disira :
rempah kari daging BABAS
serbuk "Secukup Rasa"
cornflakes
bread crumbs
cheezy cheese powder
**sukatan gram/sudu nya agak2 sendiri ajer yer nak byk mana .. ikut citarasa.
**SEMUA BAHAN UTK DISIRA ni blender sekali gus sampai halus jd serbuk.
**lps tu masukkan keropok dlm tuppaware bertutup masukkan serbuk td, shaking/goncangkan supaya sekata.. sebati.. mesra semuanya.. siap, boleh lah dihidangkan ..

BOLEH JUGA GUNA BAHAN LAIN SEPERTI :
NESTUM
SEDIKIT GULA HALUS
KIUB AYAM atau TUMIX
GARAM [kalau dh guna cheezy cheese tu garam tak payah letak, dh terasa perasanya]

TIPS : 
*JGN TUNGGU KEROPOK SEJUK SANGAT YER, SEMASA SUAM2 DISIRA TERUS OK.
*PASTIKAN SEMASA MENGGORENG MINYAK BETUL2 PANAS SUPAYA LAKSA TU CANTIK MENGEMBANG.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE


Bahan-bahan asas perlu ada..


laksa kering siap dipatah-patah ..


wajah selepas digoreng dgn myk yg betul2 panas. dh masak, angkat dan toskan minyak nyer..


Bahan-bahan utk sira keropok blender halus ok


hasil selepas diblender..


goncang dlm tuppaware.. tutup rapat tau.. boleh lah menari ronggeng yer heheee...


taddadaaaa... siap sudah.. Selamat Menjamu Selera

SELAMAT MENCUBA !!!


8 comments:

  1. sedapnyer..ada masa nak cuba ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mne nk dpt chesee powder..

      Delete
    2. sya ada jual cheese powder.....1 lagi nk tnya tukang bagi resepi, mcm mana nk bagi rangup sikit lagi pasal keropok ni agak keras sikit berbanding keropok2 seumpamanya di pasaran.....

      Delete
  2. salam kenal..

    very good sharing. original. sud try one day.. INSYALLAH

    ReplyDelete
  3. serbuk apa semua tu nk ltak berapa sudu erkk...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.... nak tanya... laksa tu basuh dulu x sebelum digoreng....

    ReplyDelete
  5. salamkenal.mmg tgh cari resepi nih.terima kasih ya!

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo