Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Sunday 21 October 2012

WATER ROUX HOME MADE LEMBUTKAN ROTI

Hari ni aleen buat water roux sendiri, korang pernah dengar tak sebelum ni? aleen pertama kali dengar macam pelik jugak.. entah macam mana la rupa si water roux ni.. jom baca selanjut nya dari hasil searching yang aleen buat..


WATER ROUX HOME MADE BY ALEEN

sumber ~ sakinah omar kitchen
boleh lihat di SINI

Apa itu Water Roux
- Dikenali sebagai IBU ROTI. Jika tiada dough softner & bread improver boleh lah kita buat sendiri di rumah water roux ni yer..
- Water Roux ni adalah campuran tepung roti dan air, satu bahagian tepung, lima bahagian air : 250ml air dan 50gm tepung roti dimasak atas api perlahan hingga pekat.
- Ianya digunakan sebagai egen penaik dan pelembut yg dicampur dgn bahan asas roti. Cara ni boleh buatkan bun, roti lebih gebu & anjal..

Aleen follow resipi Water Roux dari SINI  Sumber 1 ~ mamafami resipi
Sumber 2 ~ cerita orang mersing, klik SINI

50gm tepung gandum
250ml air

Caranya :
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau hingga pekat dgn api perlahan.
- masukkan adunan water roux ke dlm mangkuk dan bungkus dgn plastik beg supaya permukaannya tak mengeras
- Sejukkan sebelum digunakan
- bahagikan kpd 4 bahagian boleh guna 4 kali bancuhan adunan roti
- Boleh simpan dalam peti ais, cuma tahan selama 3 hari shj..jika warna bertukar kelabu water roux tdk blh digunakan lg..
- jika nk guna satu atau dua bancuhan boleh lah reduce kan gram & ml air tu menjadi 25gm tepung & 125ml air.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE





SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo