Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 12 September 2012

PARSI OMELETTE

Jauh nya datang... PARSI... hihihihiiiii
jangan susah hati... kita yg duk kt malaysia bumi bertuah aman damai ni pun boleh buat.. Janji bahan2 nya cukup... bila dah cukup semua boleh jadi... boleh kawtim... berehhhhhhhhhhhh
Pertama kali mencuba, rasa nya mmmmmmmmm...sedap2... lain sikit taste nya dr telur dadar biasa kita tu...
jangan malu2 nk cuba... terus jew ke dapur...

by~aleen aireish
sumber~nilam asmara
sumber~trymasak
Bahan:
1) Telur (4 biji)
2) Kentang saiz sederhana - dihiris nipis (1 biji)
3) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 s

udu besar)
4) Bawang besar - dicincang kasar (1/2 biji)
5) Cili hijau - dicincang halus (1 biji)
6) Minyak sapi (1 sudu besar)
7) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
8) Serbuk lada putih (1/4 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

Cara:
1) Campur telur dengan bawang, daun ketumbar, cili hijau, garam, jintan putih dan serbuk lada putih. Kacau rata hingga telur kembang. Ketepikan.
2) Cairkan minyak sapi dan goreng hirisan kentang hingga empuk. Ketepikan dan sejat minyaknya.
3) Cairkan lagi sedikit minyak sapi dan cura adunan telur. Masak dengan api kecil supaya bahagian bawah telur tidak hangus.
4) Apabila telur separuh masak, atur hirisan kentang goreng di atasnya, penuh pada sebelah bahagian.
5) Lipatkan bahagian tanpa kentang ke bahagian yang sebelah lagi supaya telur menjadi separuh bulat.
6) Terbalikkan dan biar beberapa ketika supaya telur melekat di kedua-dua belah bahagian dan tidak mudah hancur apabila diangkat.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
ALEEN UPLOAD PIC UTK REFERENCE


 




SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo