Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Wednesday 18 July 2012

MEE HAILAM POTRETKASIH

Semalam teringin nk makan mee hailam... godek punya godek jumpa resepi ni dr blog kak potretkasih.. resepi nyer mcm menarik..senang nak sediakan... yg penting rasa nya... hehehee

teringin nak buat hidangan untuk famili..boleh lah mencuba resepi ni..


MEE/KUETEOW HAILAM... SIAPA SUKA??? hehee
sumber~potretkasih
•1 bungkus mee kuning ( cuci dahulu mee untuk menhilangkan bau )
•2 keping dada ayam
•sedikit udang dan sotong – saya tak letak
•air rebusan ayam secukupnya
•1 biji buah tomato ( belah 6 )
•1 paket cendawan tiram
•sedikit kobis bunga
•1 batang karot saiz kecil ( dipotong nipis atau memanjang )
•daun ketumbar ( bahan tabur))
•daun bawang ( bahan tabur)
•daun sup (bahan tabur)
•5-6 biji cili api ( dititik)
•4-5 ulas bawang putih ( ditumbuk)
•4- 5 sudu besar sos tiram
•1 sudu makan kicap manis
•1 sudu makan tepung jagung/tepung gandum ( dicampur sebati dengan sedikit air )
•sedikit lada sulah
•minyak untuk menumis
•bawang goreng

Cara penyediaan

1. Celur mee kuning, angkat dan hidangkan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan isi ayam. Masak seketika kemudian masukkan cili padi, sos tiram, kicap, lada sulah, stok ayam dan air secukupnya. Masak hingga mendidih dan isi ayam empuk.

4. Setelah isi ayam empuk masukkan masukkan seafood dan sayur-sayuran.

5. Masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Setelah tutup api bolehlah dimasukkan buah tomato supaya buah tomato tidak terlalu lembik. Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan dengan mee kuning yang telah dicelur, bawang goreng, daun sup, daun ketumbar dan cili jeruk atau cili potong.

* Anda boleh juga mencampurkan sekali dengan kuah semasa memasaknya jika anda suka!!. Tetapi saya tidak berbuat begitu. Saya mengasingkan kuah dengan mee bagi mengelakkan mee kembang dan tidak tahan lama. Bila masa hendak memakanya barulah saya mencampurkan dengan kuah!!


OPTIONAL : NAK LETAK SAYUR2 MCM PIC ALEEN TU..BOLEH AJE.. SAWI..
BABY CORN..etc..

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo