Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 21 July 2012

KASUI TEPUNG JAGUNG SEDAP

Kuih kasui tepung jagung ni beberapa bulan lepas aleen dh cuba buat.. langsung tak menghampakan rasa nya yang sgt2 sedap.. famili & kawan-kawan yang dapat makan kasui ni hari tu.. mmm..komen yang positif.. hari ni baru dapat sharing dgn kawan2 semua.. resepi....



Bahan-bahan :
sumber~myresipi
by~aleen

1 cawan gula merah + 2 cawan air paip
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula pasir
1 sudu makan air kapur sireh
2 cawan air paip

**1 cawan gula merah dimasak dgn 2 cawan air hingga gula larut..tapisakan jika nk hasil yg cantik..[aleen guna gula merah cap bintang]

Bahan-bahan lain :
1/2 biji kelapa parut
[ambil putih shj, campurkn dgn sedikit garam, kemudian kukus sebentar, tujuan supaya kelapa tu lebih tahan lama x basi]

Cara-cara :
- sapu loyang dgn sedikit myk masak..ketepikan
- panaskan air kukusan 10-15 minit
- masak gula merah..ketepikan & biar sejuk
- sementara tunggu gula merah tu sejuk, sediakan .. ayak tepung gandum & jagung
- bancuh dgn 2 cawan air paip, kacau..kalau berketul takpe..biarkan dulu.. [ikut cara aleen, masukkan tepung sedikit demi sediki hingga gabis..]
- lps tu masukkan air kapur 1 sudu mkn, kacau mesra..kalau warna tepung tu bertukar kekuning-kuning its ok..biarkan aje..
- kemudian masukkan gula merah yg disejukkan td tu.. kacau mesra. dah siap tapiskan dlm loyang
- terus kukus 10-15 minit atau hingga masak
- sebelum hidang guling dlm kelapa yg dah siap kukus sebentar td tu.. blh lah makan..

[aleen x sempat ambil pic step by step..]

SELAMAT MENCUBA!!!



1 comment:

  1. kak aleen: yang cara ke-3 tu kan...masak gula merah...maksudnya masak dgn 2 cawan air paip tu ea? lepas tu...dah ayak tepung tu masuk lgi 2 cawan air paip?

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo