Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Tuesday 24 July 2012

KARAMEL PADDLE POP

Balik kerja semalam terus pergi shopping kat bazar ramadhan dekat dgn rumah kita tu.. bila dh berkerja ni masa nk memasak sendiri di rumah kelam kabut.. kita beli je menu utk berbuka puasa semalam nasi beriani gam batu pahat.. nak pergi batu pahat tu jauh kemain.. almaklum ler kita ni nk utara site.. batu pahat nk selatan.. jadilah nama nyer aje pd nasi beriani tu.. janji sedap.. heheee...

OOooppsss.. kita bkn nak citer pasal resepi nasi beriani ke..apa ke.. kita nk sharing resipi "KARAMEL PADDLE POP" olahan by me.. mmmm tu lah kerja nyer si Aleen ni.. suka sgt nk meng EDIT resipi org.. sebenarnya saje suka2.. bila dah tengok hasil menarik..suka sgt...

Sempat buat sebelum berbuka puasa semalam, penyediaan senang aje.. x sampai 1/2jam dah boleh naik atas kukus... RESIPI NYA...


Bahan-bahan :
by~aleen aireish
sumber~suhaida mohaini
sumber~norhafizan sulaiman

3 sudu besar gula halus [aleen guna gula pasir aje] utk gula hangus
1 sudu besar air biasa
4 keping roti gardenia
3 atau 4 biji telur size B [aleen guna 4 biji]
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat [suka manis letak lebih jdkan  1 cawan]
1 s/k esen vanila

perwarna : pink, blue

Cara-cara :
- panaskan kukusan
- masukkan gula dalam loyang, panaskan ats api sederhana utk jadikan gula hangus..kuning keperang
- lepas tu angkat.. letakkan 1 sudu besar air biasa..ketepikan..
- carik-carik kan roti kemudian masukkan dlm blender bersama campuran air suam, susu cair & pekat, blend halus
- telur dipukul manja aje.. lps tu tapiskan..
- dlm roti+susu yg diblender tu masukkan telur, esen vanila & pukul sebentar aje..
- bahagikan kpd 3 bahagian, 1 bahagian asal caramel, 1 bahagian letak pink, 1 bahagian lg letak biru..
- tuangkan dlm loyang yg ada gula hangus tu.. mulakan tuang yg caramel asal tu, lps tu warna pink & biru
- kukus lebih kurang 40 minit atau hingga masak..

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.


loyang & 3 sudu besar gula di dalam nya..


gula hangus dah siap, sudah ditmbah 1 sudu besar air, ketepikan..


bersihkan telur sebelum guna..


telur yg dipukul manja dan ditapis..


susu cair


air suam


susu pekat manis, aleen guna 1/3 je.. x suka caramel over manis..


kesemua susu & air suam dicampur dlm satu bekas


roti gardenia dicarikkan..


masukkan dlm blender susu & roti, blend halus


bahagikan kpd 3, 2 bahagian latak pink & biru


setelah siap dituang dlm loyang ada gula hangus..


dah siap masak


boleh lah hidangkan..


sedap makan sejuk..

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo