Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 23 July 2012

AYAM PEDAS MASAM MANIS

Lama tak masak ayam, hari ni permintaan hero kena lah masak.. sebabkan budak2 yang nak makan aleen buat resipi ayam pedas masam manis.. actually tak pedas mana pun..kepada sesiapa di luar sana yg tak suka makan pedas boleh cuba yer.. resipi nyer pun ringkas shj..


Bahan-bahan :
by~aleen aireish

1/2 atau separuh ayam
**15 biji cabai merah
**2 labu bawang merah
**5 ulas bawang putih
**1/2 inci hali
2 btg serai [diketuk]
1 biji tomato [dilblender higga jad jus]
minyak utk menumis
garam & gula secukup nyer
sos cili
kicap lemak manis
sos tiram
daun bwg & sup utk ditabur sebagai hiasan..

cara-cara :
- ayam dibersihkan kemudian rebus separuh masak, angkat ayam salutkan dgn kunyit bersama garam..goreng smpai kekuningan..sekejap jer.. dh siap ketepikan
- panaskan minyak, tumis cili hingga garing naik bau
- masukkan semua bahan mana yg masukkan lag tu.. kecuali utk hiasan..
- gaul mesra..pecah minyak masukkan ayam.. biarkan sebentar.. gaul sebati..
- tutup api boleh hidangkan, taburkan bahan2 hiasan tu..

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.


ayam utk digoreng


ayam dah siap goreng


bahan kisar


jus tomato

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo