Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 18 May 2012

TUTTY FRUITY CAKE

Cute jew nama kek ni kan... masa terpandang kek ni semalam terus rasa jatuh hati... cantik warna nya... aleen pun menerai lah malam tadi kat rumah..kebetulan pulak my hero ada jamuan HARI GURU esok nyer, mmg peluang sgt2 lah... bahan-bahan dh mmg ada... apa lg... mula membaking... masa kek ni tgh masak tak sabar rasa di hati nk tengok hasilnya...teruja sgt heheheeeee...mcm budak2 pulak.. u alls tingin nk try ke? jom tgk bahan2...




DI BAWAH NI SUKATAN YANG BANYAK..

MyKitchen's Recepi

sumber ~ kak Azlita Masam Masam Manis

TUTTY FRUITY CAKE

Bahan 1
600 ml putih telur
275 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
14 gm ovalet

Bahan 2
Campur dan Ayak
300 gm tepung gandum
1 sdt baking powder

Bahan 3
75 gm magerin cairkan

Bahan 4
Pewarna kuning dan paste oren
Pewarna merah dan paste strawberry
Pewarna hijau dan paste lemon
Pewarna coklat dan coklat emulco

Bahan 1
- pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula pasir sedikit demi sedikitsambil terus memukul. Tambahkan ovalet dan garam dan pukul lagi hingga kembang dan kental.

Masukkan bahan 2 yg telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.

Tuangkan bahan 3 dan kacau perlahan2 dgn spatula hingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian diletakkan paste dan pewarna ikut kegemaran.

Sediakan loyang berukuran 30 x 10 x T4cm yg telah disapu dgn sedikit butter dan dialas dasar loyang dgn kertas minyak.

Tuangkan 1 bahagian adunan bewarna ke dalam loyang, ratakan dan kukus ke dalam bekas pengukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus kek selama 15 minit (untuk 1/2 adunan yg ita buat ita tuangkan setiap lapisan sebanyak 150 gm)

Setelah masak satu lapisan, tuangkan lagi adunan yg kedua dan ulangi langkah yg sama untuk setiap adunan sehingga habis dan masak sepenuhnya.
Angkat dan sejukkan sepenuhnya barulah dipotong.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~


YANG NI SUKATAN ALEEN DAH BAHAGIKAN DUA DARI RESEPI YANG ASAL :-


BAHAN 1
300 ml putih telur
138 gm gula pasir [aleen guna gula castor] jika rasa x manis blh add sugar
garam [hujung sudu shj]
7 gm ovalette


BAHAN 2
Campur dan Ayak
150 gm tepung gandum
1/2 sudu baking powder


BAHAN 3
38 gm margerine dicairkan [aleen guna buttercup]


BAHAN 4 
Pewarna kuning ~ fresh lemon juice
Pewarna coklat ~ coppucino
Pewarna pink ~ strawberry paste
Pewarna Hijau ~ apple / vanilla


CARA-CARA : Sama seperti yg asal tu.. cuma nya loyang guna yg kecil sikit..lg bagus klo guna loyang 6 inci.




Bahan-bahan 1


Putih telur sahaja


Mixer putih telur dan masukkan gula sikit demi sikit.. tambahkan ovalette & garam juga..pukul hingga kental


Masukkan tepung yg diayak sikit demi sikit juga...


Masukkan margerine/butter yg dh dicairkan.. jgn guna mixer, guna sendk kayu atau spatula utk sebatikan..


Warna Kuning yg dah siap bubuh fresh lemon juice, dgn sukatan 150gm setiap warna


Dasar loyang alaskan dgn kerts minyak dulu..lps tu tuangkan adunan warna kuning..
kukus 15 minit, lps tu angkat...


Sediakan adunan warna coklat yg dh dicampur dgn paste coppuchino 150gm juga..


Tuangkan atas warna yg dh siap dikukus 15 minit td... masuk semula dlm kukus, biar 15 minit lg..lps tu angkat..


Sediakan adunan warna pink pula yg dah siap dicampur dgn paste strawberry, 150 gm juga..


Tuangkan atas adunan warna coklat yg dh masak td..kukus lg 15 minit...


Last sekali warna hijau.. dah siap dicampurkan dgn paste juga..tuang atas lapisan warna pink td..lps tu kukuskan hingga masak, lbh kurang dlm 20 minit mcm tu.. 


Tutty Fruity Cake yg dah siap masak dan dah dikeluarkan dari loyang..


Dah sejuk, aleen potong2 kecil..testing..testing...


ermmmm..siap hidangkan..nmpak menarik warna nya...[puji utk diri sendiri heheeee]


yg ni dah siap masuk bekas, hero nk bawa gi majlis HARI GURU kt sekolah nya..





DAH SIAP..BOLEH LAH MAKAN... SELAMAT MENCUBA...



No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo