Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Thursday 22 March 2012

KUIH LOMPANG

Kuih ni masa aleen kecil2 dulu dh glamour...dulu masa budak2 aleen beli kat sorang makcik...dia meniaga kuih ni seketul 20sen je...rasanya memang best...tp bila dh berumur mcm ni..teringin pulak nak mencuba sendiri...ni hasilnya..heheheee macam mana..OK TAK?


By ~ Aleen Aireish
sumber ~ sweetlilly

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah [nk guna gula melaka pun boleh]
2 cawan air
2 helai daun pandan [disimpul asing2]


**kelapa parut putih shj + sedikit garam halus + 1 helai daun pandan yg dh disimpul..KUKUSKAN sekejap..


Cara-cara :
- Satukan gula merah & gula pasir dalam periuk, kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil hingga gula larut..sejukkan sebentar
- Satukan tepung beras & tepung ubi dan tuang 1 cawan air & air kapur, gaul rata.
- Kemudian tuangkan air gula yg dh sejuk td..sikit2 dlm tepung..gaul rata
- Tapis dan tuang adunan dlm acuan lompang yg tlh disapu sedikit myk, tujuan nya memudahkan lompang dikeluarkan dr acuan nye..
- Kukus 10 minit atau hingga masak. BILA DAH MASAK AKAN MENJADI LUBANG DI TENGAHNYA..seperti pic kt bawah ni... klo jd lubang ni..kuih lompang kita mmg menjadi..dh LULUS..hehehe
- Hidang bersama kelapa parut yg dikukus td...


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo