Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Friday 16 March 2012

STEAMED WET CHOCOLATE CAKE

Kepada sesiapa yang suka kek coklat boleh mencuba resepi nie...


Steamed Wet Chocolate Cake
Sumber:Buku Resepi/Zubaidah Bt Che'pa
sumber 2 ~ rahel

Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B (Rahel guna 4 biji telur)
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

1.Ayak tepung,serbuk penaik,soda dan serbuk koko.Ketepikan.

2.Di bekas lain pukul telur,susu,gula dengan jaring.

3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak masak,gaul rata.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Tuang ke dalam acuan bulat 8" yang telah digris dan dilapik dg baking paper.
Kukus selama 45-60 minit atau sehingga masak.

UNTUK TOPPING :

Chocolate Ganache
Sumber:Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home

Bahan:
450g coklat masakan
300ml whipping cream
50g butter

Cara:
1.Panaskan whip cream (jangan sampai mendidih) di dalam bekas tahan panas dengan api perlahan.

2.Curah atas coklat masakan tadi dan biarkan sekejap,kemudian kacau hingga sebati dan tidak berketul.

3.Masukkan butter dan kacau sebati.

4.Biarkan sekejap hingga suam baru tuang ke permukaan kek coklat.


tepung gandum, serbuk koko & soda bikarbonat yg telah diayak dan digaul kering mesra mcm pic atas ni..


pukul telur, susu & gula menggunakan jaring pukul pn boleh, blender pn blh, mixer pn boleh..suka hati mana rasa senang..


hasil setelah kesemua bahan2 td [telur,susu & gula] dipukul..dh siap pukul tuangkan dlm bahan2 kering diayak tadi, gaul sebati.. lps tu masukkan minyak gaul rata..last sekali masukkan air panas kacau rata sampai semua dh sebati..kemudian masukkan dlm loyang yg dh dilapik dgn kertas minyak dan kukus sampai masak ikut masa yg diberikan.. [semasa penyediaan bahan2 ni boleh lah panaskan air kukusan terlebih dahulu..]


kek yg dh masak, kukus jangan guna api kuat nanti kek akan jd merekah a.k.a jadi kek senyum


kek yang telah dibalikkan.. tunggu kek sejuk baru salutkan dgn coklat ganache..dh siap deco2..simpan dlm fridge dalam 1 jam mcm tu..lps tu boleh la potong..hidangkan dan makan dgn senang hati..


kek yg dh siap dan boleh dimakan...

SELAMAT MENCUBA!!!

4 comments:

  1. in'allah sedap kak, boleh cuba..

    ReplyDelete
  2. saya pernah cuba buat kek coklat dah 5x tp xpernah menjadi sampai saya giveup kdg2 kek keras macam batu,kdg2 lembik cam dodoi kdg2 kek coklat rasa masam2 sangat..

    ReplyDelete
  3. yusra > cuba try resepi kt sini..mungkin x menghampakan.. aleen x pasti mcmne blh x jd bila yusra buat kek tu..

    utk resepi ni aleen dh jual pn kek nyer..byk sambutan..

    ReplyDelete

hv fun with my cute photo