Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Monday 19 March 2012

AGAR-AGAR PELANGI INDAH a.k.a LAPIS PANDAN

Minta ampun sedap nya agar-agar nie..
Sedap seindah rupa nya...berlapis-lapis..berwarna-warni.. kerajinan dan memerlukan sedikit kesabaran untuk buat agar-agar ni..tapi lepas setel..fuhhhh..cantik nya....puas hati.. resepi ni aleen sharing dari fotopages cek de sam. Jom tengok bahan-bahan..


AGAR-AGAR PELANGI INDAH 
(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili)
sumber 2 : cek de sam

Bahan A 

20 gm serbuk agar-agar 
340 gm gula pasir 
1725 ml air 
6-8 helai daun pandan 

Bahan B 

20 gm serbuk agar-agar 
340 gm gula pasir 
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih) 
- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) 
1 sudu teh garam 

Bahan C 

Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci) 
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda 
[nk warna pilihan sendiri pn takpe..]

Cara-Cara 

Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna pilihan anda. 

Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna. 
[gunakan garfu untuk luka kan lapisan agar-agar yg dh agak keras sedikit sblm menuang lapisan yg baru..tujuan nya utk melekat permukaan antara agar-agar yg dilapis..setiap lapisan mengambil masa 5 hingga 6 minit sehingga ia 3/4 keras..]
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin. 

Contoh Lapisan: 
LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN 
LAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG 
LAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN 
LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG 
LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN 
LAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG 
LAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN 
LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG 
LAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN 
LAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG 







SELAMAT MENCUBA!!!

TIPS/INFO DARI ALEEN :
1) seperti yang dituliskan di resepi "Agar-agar yg nk digunakan haruslah berada di atas api yg kecil.." ada cara lain,  sedikit beza...gunakan air panas yg telah dijerang di dalam periuk. dalam periuk air panas tu letakkan jug yg berisi agar-agar plain tu supaya sentiasa panas x mudah beku serta mudah untuk campurkan warna... tetapi pastikan..jika blm habis melapis lg..air dh suam2 kuku boleh la panaskan semula..


2) Untuk nk cepat keras setiap lapisan yg dilapisakan boleh halakan kipas kt lapisan agar-agar tu.. [bunyi mcm kelakarkan..tp kenyataan..hehehee]

3) Jika agar-agar ni keras sepenuhnya untuk setiap lapisan, mungkin ada lapisan yg tanggal bila dipotong, so bila nk melapis jgn tunggu keras sepenuh nya..

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo