Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 10 December 2011

KEK ORANGE BLENDER

Blended Orange Cake

Sumber : Kak Fida@MYR
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang



bahan-bahan :
1 bji buah limau
1 cawan minyak (ganti dengan mentega cair pun boleh)
2 cawan gula halus (letak 170g dan utk 1/2 adunan,letak 80g bagi yg x mkn manis)
3 biji telur (guna telur gred A)
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. (hanya ambil isinya sahaja)
Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (campurkan sekali dengan parutan kulit limau)
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

DAH MASAK DAN DIPOTONG


 BARU ANGKAT DARI OVEN





 ni limau fresh aleen dah potong2 kecil untuk di blender kan nanti..


 telur ni akan diblenderkan bersama dgn fresh orange..


tepung gandum diayak bersama baking powder


ni lah hasil bahan-bahan yg diblender kan ajer, tak payah guna mixer pukul kembang ke..gebu ke..cukup sekadar diblender halus..mudahkan!!!


lps tu campurkan tepung sedikit2 sampai habis..kaup balik kan ajer adunan tu..


dah siap kaup balik kacau sebati, aleen saje upgrade kan kpd 2 bagian lps tu 2 colour iaitu colour biasa & colour oren kuat sikit. lps tu aleen top up kan sedikit dgn sunquick pati oren utk tambah kesedapan dan rasa..lps tu masukkan dlm loyang mula dr tgh satu warna, 2nd masukkan warna lg satu ditgh loyang atas adunan yg mula td..buat sampai habis step tu..dah siap bakar lah..

terima kasih pada tuan asal resepi ni..
SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo