Sepatah dua kata ..

DARI DAPUR CHOMEY ALEEN AIREISH~..~
SHARING IS CARING ~..~
MAKING YOUR DAYS TASTE BETTER~..~

Assalamualaikum & selamat datang Aleen ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah di sini di Dapur Chomey Aleen Aireish.. Aleen kongsikan resepi-resepi simple sahaja tapi menarik.. sangat mudah untuk dicuba dan rasanya tip top sedap tau.. semua resepi yang dikongsikan tu Aleen dah pun cuba terlebih dahulu .. Jadi jangan ragu-ragu, jangan segan-segan nak mencuba.. sudi-sudilah jadi Follower Aleen juga yer.. BOLEH SIGN IN BY EMAIL di bawah ni.. sebagai tanda terima kasih & sokongan anda pada Aleen untuk terus berkarya.. di samping itu Aleen nak tambah kenalan juga tak kira di mana anda berada.. Hepi Visit My Blog ya..

Followers

Saturday 10 December 2011

KEK KARAMEL MARBLE SPIDERMAN


Kek ni tempahan dari Wan Mesah untuk anak lelaki nyer fitri sempena birthday yg ke 9 thn. Nak kek spiderman kata nyer..so aleen pn lukis lah spiderman dgn sarang nyer skali..yg seronok nyer kek ni habis licin kena sental..heheheeee apa lagi jom kita tengok resepi & step nyer...
 1st Step :
4 sudu besar gula, letak dalam loyang, buka api slow je k, kacau sikit2 sampai gula cair dan tukar warna gold. Ratakan gula hangus tu dlm loyang lps tu ketepikan..
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
50g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
kalau nk tebalkan karamel guna 5 biji kuning telur [2 biji telur gunakan putih telur sekali] godek/kacau semua bahan ni lps tu tapiskan ke dalam loyang karamel yg keras td tu..biarkan
 2nd step :
6 biji putih telur [jika time nk asingkan putih telur tu ada la plak termasuk kuning dalam setitik dua jgn panik k..sendukkan atau sudukan je bawa keluar dr bekas tu..]
50g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar [tak nak letak pun ok tak dosa..hehehee]
mixer putih telur dgn cream of tartar [jika guna lah] klo tak teruskan masukkan gula..mix lagi guna speed maxima. tak sampai 5 minit dh jadi MERINGUE..[apa itu meringue???  ni jawapan nyer..putih telur yg dipukul hingga soft peak..bila terbalikkan adunan dr bekas mixer tu..benda tu tak tumpah/jatuh..ketepikan..
 3rd step :
3 biji kuning telur
135ml air biasa
45ml minyak jagung daisy [klo nk guna myk masak pn ok..x dosa]
**mixer td tak payah basuh, mixer semua ni bagi kembang, kemudian masukkan
50g gula kastor
**mixer lagi bagi kembang, kemudian masukkan
140g tepung yg dah diayak dengan
1 sudu teh baking powder
**masukkan tepung sedikit2 sambil mix sebati, dah habis tepung mix lagi bagi kembang

 4th step :
ambil adunan merringue tu 1/2 masukkan dlm adunan tepung tu, guna teknik kaup balik jew bg rata, dh sebati ambil lg 1/2 merringue kali ni kena kaup balik slow..smooth jew..manja2 gitu sbb nk kekalkan udara dlm merringue, gaul sebati. Step ni guna spatula atau senduk je..dh siap boleh lah melapis kek ni untuk nampak belang2 design tu..
5th step :
Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian..aleen buat 2 bahagian jew utk 2 warna berbeza..klo u all nk lebij kaler blh je..ikut citara sendiri yer..aleen guna pepel & merah, ambil sesenduk dr salah satu warna tu tuang di tgh2 loyang yg ada karamel td..jgn kacau, ambil warna yg ke 2 sesenduk juga tuang kat atas tgh warna yg 1st td..begitu lah step seterusnya sampai adunan warna tu habis..[adunan ni akan mengembang sendiri dlm loyang]
Dah siap ambil lidi pencungkil gigi tu [aaa..pastikan lidi yg bersih yg belum guna korek gigi yer..] mula dr tgh loyang tarik ke tepi..nak buat ikut kreativiti sendiri pn lg bagus...nnt bila potong kek tu nmpak cantik..time tgh buat ni boleh lah panaskan oven dulu suhu 170 dlm 20 minit..

Ok dah siap melapis bakar kek ni cara steambath [cara nya guna loyang lbh besar dan di isi sedikit air, kemudian letakkan loyang karamel td di dlm loyang yg ada air tu..faham tak..hrp faham erk!!] bakar pd suhu 170 selama 40-45 minit, jika karamel yg dibuat agak tebal lbihkan masa kpd 1 jam setengah..atau sehingga masak.. dah masak boleh la deco-deco kek tu ikut suka..

SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

hv fun with my cute photo